Now Reading
Enfagrow A+ MindPro Jemput Para Ibu Hasilkan Lagu Hari Ibu Dihasilkan Guna Teknologi AI

Enfagrow A+ MindPro Jemput Para Ibu Hasilkan Lagu Hari Ibu Dihasilkan Guna Teknologi AI

Enfagrown A+MindPro meraikan dedikasi untuk para ibu secara kreatif menerusi muzik dan pameran seni visual.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Enfagrow A+ MindPro, jenama terkemuka formula susu berkualiti tinggi untuk kanak-kanak dengan bangganya mengumumkan kempen ‘A+ Mums Raise A+ Kids’ yang serba inovatif sempena dengan Hari Ibu.

Kempen khas untuk para ibu ini menjemput ibu-ibu untuk bersama-sama menghasilkan lagu Hari Ibu janaan AI pertama.

Selain meraikan kasih sayang dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh ibu-ibu, ia juga bermatlamat untuk diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dalam kategori ‘The Most Number of Children’s Voices Used In An AI-generated Song.’

Peraduan ini merupakan satu tanda penghormatan terhadap kasih sayang dan pengorbanan ibu-ibu pada setiap hari bersempena dengan sambutan Hari Ibu.

Enfagrow A+ MindPro berharap agar inisiatif ini dapat memberikan keyakinan kepada para ibu dan mengiktiraf usaha mereka dalam mengasuh dan membentuk kehidupan anak-anak.

Sumber: TRP

Menurut Wong Choy Yee, Pengurus Mead Johnson Nutrition Malaysia dan Singapura serta ibu kepada dua orang anak, “Enfagrow A+ MindPro memahami dedikasi dan kasih sayang luar biasa yang dicurahkan oleh seorang ibu dalam kehidupan anak-anak mereka.

“Melalui kempen ‘A+ Mums Raise A+ Kids’, kami berhasrat untuk raikan kerja keras mereka dan menyediakan platform untuk mempamerkan perjalanan mereka dan anak-anak mereka melalui lagu janaan AI.

Ini adalah cara kami berterima kasih dan mengiktiraf kasih sayang dan pengorbanan yang ditunjukkan mereka pada setiap hari.”

Selari dengan lagu janaan AI yang diperibadikan ini, Enfagrow A+ MindPro akan mengadakan pameran bergambar untuk para pemenang bersama dengan anak anak mereka yang mencerminkan kasih sayang dan hubungan erat yang tidak terhingga di antara mereka.

Sumber: TRP

Melalui seni penceritaan visual, pameran ini akan menangkap detik-detik manis dan kenangan indah dalam ikatan istimewa di antara seorang ibu dan anak-anaknya.

“Melalui lagu janaan AI sempena dengan Hari Ibu dan pameran ini, kami ingin membawakan satu pengalaman pelbagai sebagai tanda penghormatan yang bermakna untuk para ibu.”


Cara Untuk Menyertai Peraduan Ini

Untuk menyertai peraduan ‘A+ Mums Raise A+ Kids’, ibu-ibu boleh memuat naik video 30 saat yang menunjukkan anak mereka (berumur 1 tahun ke atas) menyanyi, bergelak ketawa, atau bercakap, berserta dengan gambar mereka bersama anak mereka.

Penyertaan boleh dihantar melalui DM di Halaman Facebook Enfagrow Malaysia dengan tajuk ‘A+ Mums Raise A+ Kids’.

Tarikh akhir untuk menyertai peraduan ‘A+ Mums Raise A+ Kids’ adalah pada April 15 2024.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk hantarkan penyertaan anda! Sebagai tanda penghargaan, setiap peserta yang layak akan menerima baucar hadiah Shopee bernilai RM30.

Sumber: TRP

Selain itu, para pemenang dan keluarga mereka akan berpeluang untuk memenangi percutian keluarga selama 3 hari 2 malam ke LEGOLAND® untuk 4 orang, beserta satu sesi penggambaran profesional.

Potret mereka akan dipamerkan semasa sambutan Hari Ibu Enfagrow A+ MindPro pada bulan Mei 2024. Sertai sekarang untuk cipta kenangan yang akan merapatkan ikatan antara anda dan anak anda.


Serlahkan Potensi Anak Anda dengan Enfagrow A+ MindPro

Pada umur 5 tahun, kanak-kanak berada di tahap penting di mana 90% perkembangan otak mereka telah berlaku bagi membina asas yang kukuh untuk masa depan mereka.

Enfagrow A+ MindPro dirumuskan dengan Milk Fat Globule Membrane (MFGM). Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil formula susu yang diperkaya dengan MFGM mempunyai prestasi mental yang jauh lebih tinggi berdasarkan skor IQ Skala Penuh.

Sumber: TRP

Komponen yang penting untuk pertumbuhan otak dan imuniti ini berfungsi secara sinergistik dengan nutrien otak DHA, memberikan kanak-kanak kelebihan jangka panjang untuk kemajuan (IQ) dan (EQ).

“Sebagai seorang ibu, saya memahami kepentingan untuk memberikan permulaan yang terbaik kepada kanak-kanak. Di Enfagrow A+ MindPro, kami ingin menyokong ibu dalam tugas mereka dengan menawarkan produk pemakanan yang inovatif untuk kanak-kanak yang disokong penyelidikan saintifik.

Melalui produk rumusan saintifik kami, ibu-ibu boleh yakin bahawa mereka memberikan anak-anak mereka nutrisi yang mereka perlukan untuk perkembangan sihat dari segi mental dan emosi untuk kejayaan masa hadapan.”

Untuk maklumat lanjut tentang Enfagrow A+ MindPro dan bagaimana ia boleh membantu dalam tumbesaran serta perkembangan anak-anak anda, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd