Now Reading
Ini Barangan Yang Boleh Dibeli Secara Pukal Sempena Jualan 12.12 Nanti. Stock Up!

Ini Barangan Yang Boleh Dibeli Secara Pukal Sempena Jualan 12.12 Nanti. Stock Up!

Beli secara pukal lebih jimat duit poket.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jualan murah, diskaun hebat, potongan harga = antara perkara yang digemari rakyat Malaysia.

Tak kisahlah berapa peratus harga diskaun yang ditawarkan, kita semua pasti hilang akal dan rambang mata untuk memilih dan membeli.

Tipulah tak pernah ‘terciduk’ waktu jualan murah.

Bila harga dah murah dari biasa, inilah masanya untuk anda ‘stock up’ barangan yang mempunyai tarikh luput lebih lama. Anda akan jimat banyak bila membeli secara pukal.

Tapi janganlah pilih barangan senang luput dan pastikan ianya adalah barangan yang digunakan setiap hari.

Nak tahu apa barangannya? Meh, kami beri sedikit senarai.


1. Pelitup Muka/Hand Sanitizers/Kit Ujian Kendiri

Kredit: Sky News

Zaman pandemik ini benar-benar membuka mata orang ramai untuk kekal bersih, dan sihat sepanjang masa. Kalau tak sihat sikit, mulalah tak senang duduk. #paranoid

Dengan kewujudan varian baru iaitu Omicron ini, seeloknya anda beli terus pelitup muka, hand sanitizers, dan kit ujian kendiri secara pukal.

BACA JUGA: Varian Omicron ‘Tiba’ Di Malaysia Selepas Kes Pertama Dikesan – KJ

‘Stock up’ banyak nanti tak adalah menggelabah nak ke farmasi. Tapi kalau boleh, beli pelitup muka jenis KF94. Macam-macam brand ada kat shopee; Callie, Medicos, Neutrovis, dan banyak lagi. Pilih je mana sesuai.

2. Susu formula

Kredit: Reviewed

Susu formula ini merupakan penyelamat hidup untuk ibu bapa.

Kalau nampak dah nak habis tu cepat-cepatlah start enjin kereta dan pergi ke pasaraya berdekatan. Kalau nak beli online, lambat. Sebab itu kena sediakan payung sebelum hujan dengan cara membeli secara pukal.

Jualan 12.12 bakal tiba!

Jualan murah yang paling dinanti-nanti bakal tiba tidak lama lagi. Untuk yang ada anak kecil, bolehlah ‘stock up’ susu formula.

Nak tahu kenapa kami mengesyorkan jenama Enfagrow ini untuk anda?

Sebab jenama susu ini memang dikatakan ‘top notch’ dan antara yang terbaik buat anak kecil. Siap dapat top-selling brand menerusi e-dagang dan turut menerima anugerah Parent’s Choice!

Sempena 12.12 nanti, Enfagrow ada buat promosi sehingga 15% ditambah pula dengan diskaun tambahan sebanyak RM120.

Siap ada barangan PERCUMA yang diberikan bernilai sehingga RM399.

Jangan terlepas peluang keemasan ini untuk ‘stock up’ susu formula anak [KLIK SINI]. [T&C APPLY]

3. Ubat gigi

Kredit: Business Insider

Ubat gigi ini memang pastinya akan digunakan setiap hari, dan bukan hanya sekali dua. Mungkin ada yang jenis mandi tiga hingga empat kali sehari dan mempunyai habit untuk menggunakan ubat gigi setiap kali mandi.

Ini antara barangan paling bagus untuk dibeli secara pukal.

Pilihlah brand apa yang anda suka, dan beli banyak terus!

4. Tisu

History.com

TISU! Benda terpaling penting untuk penggunaan harian. Harganya tak mahal mana pun, tapi rugi kalau beli sikit-sikit. Baik beli secara pukal terus sebab kita pun tahu tisu ini penggunaannya memang setiap hari, dan hampir untuk setiap perkara.

BACA JUGA: Saintis Amerika Baru Tahu Basuh Guna Air Lagi Bagus Dari Tisu Tandas…

Memasak, pergi tandas, lap tangan, lap itu, lap ini. Tahu-tahu tisu di rumah dah ‘out of stock’ tanpa disedari. Cari je kat Shopee nanti, berlambak pilihan. Jenama Scott, Onwards, Kleenex, dan banyak lagi.

5. Barangan produk mandian

Kredit: Pack for Uni

Kalau bab barangan produk mandian ini sememangnya tak rugi untuk dibeli secara pukal. Mana tidaknya, kita hari-hari akan mandi dan gunakan semua produk; shampoo, gel mandian, ubat gigi, pencuci muka, skrab, dan sebagainya.

Jadi, bila ada jualan murah cepat-cepatlah ‘grab’ untuk menerima lebih penjimatan.

6. Biji kopi (Coffee Beans)

Kredit: Healthline

Kaki kopi di luar sana pasti tahu trick ini.

Beli biji kopi secara pukal memang benar-benar menjimatkan duit poket. Ini kerana biji kopi bukanlah murah, kalau beli sikit nanti cepat je habis.

Minumnya setiap hari, ada yang minum lebih dari dua kali sehari – tahu-tahu dah ‘brew’ kesemuanya. Nak beli lagi, mahal pula.

Kredit: Pinterest

Jadi, apa kata beli secara pukal bila ada jualan murah, seperti jualan 12.12.

Tak sabarnya nak ‘stock up’ barang!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd