Now Reading
Varian Omicron ‘Tiba’ Di Malaysia Selepas Kes Pertama Dikesan – KJ

Varian Omicron ‘Tiba’ Di Malaysia Selepas Kes Pertama Dikesan – KJ

Khairy menjelaskan bahawa kes tersebut melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mimpi ngeri rakyat Malaysia adalah jika munculnya varian-varian merbahaya baharu di negara ini.

Mana tidaknya, rakyat tidak sanggup lagi berdepan dengan situasi di mana kerajaan dipaksa memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sekali lagi.

Ekonomi yang kini dilihat sedang memulih, tidak mampu untuk jatuh lagi.

(Kredit: Firdaus Latif/Malay Mail)

Kes pertama varian Omicron dikesan

Kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media sebentar tadi memaklumkan kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.

Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa KLIA. Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

KJ turut memberitahu bahawa perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.

Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Mengulas lanjut, Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research – IMR) telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif COVID-19 dengan CT Value 26.68 pada 20 November 2021. Kes meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November 2021.


BERITA LANJUT MENYUSUL


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd