Now Reading
ZCOVA Rai 2 Orang ‘Super Mum’, Yuna Zainal & Povy Teng Sempena Hari Ibu 14 Mei Ini

ZCOVA Rai 2 Orang ‘Super Mum’, Yuna Zainal & Povy Teng Sempena Hari Ibu 14 Mei Ini

Walaupun sudah bergelar ibu, ia tidak menghalang kedua-dua wanita ini untuk berhenti mencapai impian mereka dalam bidang kerjaya.

ZCOVA Rai 2 Orang 'Super Mum', Yuna Zainal & Povy Teng Sempena Hari Ibu 14 Mei Ini (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kepada para ibu di luar sana, anda adalah seorang wira! Kenapa kami berkata begitu? Bayangkan, anda berjaya menguruskan pelbagai perkara dan masih tampil menawan.

Daripada menguruskan rumah tangga sehingga pencapaian membanggakan dalam bidang kerjaya, tiada siapa yang mampu menandingi kemahiran ‘multitasking’ seorang ibu.

Bersempena dengan Hari Ibu yang disambut pada 14 Mei setiap tahun, ZCOVA sangat teruja untuk meraikannya dengan menyerlahkan dua orang ibu luar biasa merangkap rakan kongsi mereka.

Dengan pelbagai kisah tentang pengalaman keibubapaan serta kerjaya, pastinya ia mampu membuatkan orang ramai di luar sana turut terinspirasi dengan kisah mereka.


Yuna Zainal Dan Suami Kongsi Perjalanan Bergelar Ibu Bapa Buat Pertama Kali

Memperkenalkan pasangan terkenal di media sosial iaitu Yuna Zainal yang merupakan pengacara ‘freelance’, sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan juga influencer, manakala suaminya Ansari pula seorang pakar pemasaran dalam industri pembinaan.

Q: Yuna, apa yang Ansari lakukan sepanjang perjalanan mengandung anda?

Yuna: Ketika Ansari memegang bayi kami untuk pertama kali, saya sebak sehingga mengalirkan air mata. Sambil memandang tepat ke arah saya dengan penuh kasih sayang, dia berjanji untuk menjadi ayah yang terbaik. Bila saya tengok keadaan itu, hati saya tersentuh.

Q: Apakah satu perkara anda dan pasangan lakukan ketika tempoh mengandung yang boleh disarankan kepada bakal ibu bapa di luar sana?

Ansari: YouTube adalah ‘go-to’ kami berdua. Ia merupakan pengalaman yang membuatkan ikatan kami lebih rapat sambil menyokong antara satu sama lain. Jangan pandang rendah dengan kuasa Internet ya.

Q: Jika bayi anda boleh memberi tanggapan tentang diri anda, apa satu perkataan yang akan disebut oleh mereka?

Yuna: Keyakinan. Saya seorang yang tidak segan di depan kamera dan berharap dapat memupuk ciri sama di dalam dirinya agar dapat berkembang menjadi individu bijak, kuat dan berani untuk megejar impian.

Ansari: Kalau saya pula, ‘cool’. Saya mahu menjadi seseorang yang boleh menjadi contoh kepada anak dan pada masa sama, mereka boleh melihat saya sebagai sumber kegembiraan dan juga inspirasi.

Q: Yuna, sekarang anda sudah bergelar seorang ibu, bagaimana proses keibubapaan ini memberi kesan kepada kerjaya?

Yuna: Ramai orang akan beranggapan bahawa wanita perlu melupakan kerjaya mereka apabila sudah bergelar ibu. Tetapi anak saya, Maria menunjukkan saya mampu untuk membuat pelbagai perkara. Lebih mengejutkan lagi, Maria telah memberi inspirasi untuk saya mencuba pelbagai projek baharu.


Povy Teng Dan Derrick Ting Kongsi Kisah Bergelar Ibu bapa Kepada Dua Orang Anak

Pasangan seterusnya yang akan terus memberi inspirasi adalah Povy Ting dan Derrick Ting yang kini sudah bergelar ibu bapa untuk dua orang anak.

Povy merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan hadiah hamper bayi manakala Derick pula seorang jurutera. Walaupun sudah bergelar ibu bapa, pasangan ini tetap meneruskan minat mereka tersendiri.

Q: Jika boleh memilih satu perkataan untuk menggambarkan pengalaman ketika mengandung, apa yang anda akan berikan?

Povy: Pertumbuhan (growth). Tapi ia bukan tentang pertumbuhan saiz pinggang saya ya! Saya dapat belajar untuk lebih menghargai kehidupan dan menemui kekuatan dalaman saya sendiri. Memang ia adalah pengalaman yang sangat menakjubkan kerana tak sangka banyak perkara boleh diatasi apabila sudah bergelar seorang ibu.

Derrick: Betul! Saya berasa sangat terinspirasi apabila melihat isteri saya berusaha untuk mencapai impiannya sambil menggalas tanggungjawab kepada anak-anak kami.

Q: Apakah perkara yang anda pelajari tentang pasangan anda apabila mereka bergelar ibu bapa?

Povy: Saya terkejut melihat betapa tenangnya Derrick apabila berdepan situasi yang agak huru-hara.

Derrick: Saya terpesona dengan ketahanan Povy dan kemahiran asuhannya yang semula jadi. Saya rasa kami adalah pasangan ibu bapa yang serasi ibarat Yin dan Yang.

Q: Sekiranya anda perlu memberi panduan kepada ibu bapa yang masih ‘newbie’, apa perkara yang akan digalakkan kepada mereka?

Derrick: Jangan pernah berhenti keluar ‘dating’ dengan isteri anda. Penting untuk anda mengekalkan ‘spark’ dalam hubungan dan menunjukkan kepada anak-anak bagaimana hubungan yang sihat.

Q: Bagaimnaa anda menguruskan proses keibubapaan ini?

Povy: Proses keibubapaan ini ibarat permainan tangkap-menangkap yang tidak berhenti. Kadangkala kita berada di atas, ada masa kita berada di bawah pula.

Derrick: Sekarang kami sudah mempunyai dua orang anak, jadi pengurusan masa dan juga kesabaran untuk memastikan semuanya berada dalam kawalan sangat penting. Saya sangat bertuah ada Povy kerana dia seorang yang neutral dalam keibubapaan. Saya juga berusaha sebaik mungkin tetapi tidak sehebat Povy dalam mengendalikan hal rumahtangga.

Q: Apakah hadiah paling istimewa apabila bergelar seorang ibu?

Povy: Ia ibarat anda terjumpa kepingan coklat terakhir di dalam kotak, cukup manis dan memberikan rasa tenang di dalam hati. Apabila saya melihat anak-anak saya saling berpelukan atau bermain bersama, saya rasa seperti dapat ‘jackpot’.

Sempena Hari Ibu, inilah peluang terbaik anda untuk menyambut dan menghargai segala pengorbanan wanita di dalam hidup anda.

Antara hadiah yang boleh diberikan kepada mereka sempena sambutan ini adalah koleksi terbaharu ZCOVA untuk membuatkan hari mereka lebih istimewa pada tahun ini.

Koleksi Mutiara ZCOVA. Dari kini ke kanan adalah rantai Romantic Pearl, Luminous Pearl dan Pearl Diamond.
Koleksi Berlian ZCOVA. Dari kini ke kanan adalah rantai Blooming Tulip, Blooming Sunflower dan Blooming Rose Diamond.

BACA JUGA: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak

BACA JUGA: Ibu Bapa, Sahabat & Pasangan Layak Terima Hadiah Istimewa Walau Di Hari Biasa. Setuju?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd