Now Reading
Ibu Bapa, Sahabat & Pasangan Layak Terima Hadiah Istimewa Walau Di Hari Biasa. Setuju?

Ibu Bapa, Sahabat & Pasangan Layak Terima Hadiah Istimewa Walau Di Hari Biasa. Setuju?

Siapa je tak sukakan surprise kan?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Segelintir individu hanya menetapkan pemberian hadiah buat insan tersayang pada hari-hari tertentu sahaja. Contohnya, Hari Ibu, Hari Bapa, dan sebagainya.

Tapi tahukah anda bahawa mereka juga layak menerima hadiah di hari-hari biasa? Maksudnya – tak perlu tunggu sehingga ada hari yang perlu disambut, bagi sahaja hadiah buat mereka walaupun ‘random’.

Kan sweet sikit.

Sumber: Giphy

Cinta bukan ada satu sahaja, tapi…

Idea bahawa cinta romantis mengatasi segalanya adalah agak kuno, kerana cinta datang dalam pelbagai bentuk. Malah, orang Yunani mempunyai 7 jenis cinta yang berbeza – daripada eros (cinta romantik) kepada philia (persahabatan) kepada storge (cinta keluarga) sehinggalah kepada philautia (cinta diri sendiri)!

Jadi, kenapa kita hanya meraikan satu jenis cinta?


Galentine’s Day

Leslie Knope daripada sitkom terkenal Parks and Recreation mencipta Hari Galentine pada 13 Februari sebagai perayaan persahabatan dan cinta platonik antara rakan-rakan wanita rapatnya.

Malah, meraikan sahabat juga telah diterima pakai dengan cepat di seluruh dunia hanya membuktikan bahawa kita manusia sebenarnya suka menyayangi rakan kita sama seperti kita mencintai pasangan romantik sendiri.

Friends for life!
(Kredit: Envato)

Jadi, kalau nak tunjuk betapa anda sayang dan hargai rakan-rakan anda – apa kata bagi mereka sesuatu yang mereka suka?


‘Love Language’

Anda tak perlu risau tentang hadiah kejutan yang diinginkan oleh rakan jika anda mengetahui ‘love language’ mereka. Lain orang, lain cara mereka membalas cinta yang ditunjukkan – jadi anda bolehlah menggembirakan mereka dengan apa yang benar-benar disukai.

Sama ada mereka menghargai masa berkualiti yang dihabiskan bersama atau hadiah, berikan mereka sesuatu yang merangkumi semangat mereka.

Tak ada idea nak beri apa kepada mereka? Kami akan memberikan anda sedikit informasi untuk mengetahui ‘love language’ mereka di sini:

READ MORE: What Your Partner REALLY Wants For Valentine’s According To Their Love Language

Kadang-kadang tak perlu menghabiskan wang yang banyak pun untuk menggembirakan insan tersayang.
(Kredit: Freepik)

Kalau anda dah ‘blank’ tak tahu nak fikir apa, jangan risau. Kami bantu!

Kalau kami, hadiah jenis personalized gift set adalah paling sesuai. Barangan seperti personal mug gift set tidak dinafikan akan melakarkan senyuman di wajah mereka.

Lebih-lebih lagi jika mereka sukakan minuman teh!

Apa-apa jenis hadiah pun okay, asalkan penerima suka.
(Kredit: Grab)

Jika sahabat anda hanya suka menghabiskan masa bersama, bolehlah set satu masa untuk movie date! Lagipun, ramai juga yang dah lama tidak mengunjungi pawagam, jadi inilah masa yang sesuai untuk ‘catch up’ balik.

Cari filem yang sesuai untuk ditonton di pawagam terdekat anda seperti GSC atau TGV.

Atau jika rakan anda adalah orang yang praktikal dan sukakan makanan, cara terbaik untuk merapatkan hubungan sememangnya dengan cara ‘food hunting’.

Barulah rakyat Malaysia tegar!

Restoran mungkin akan penuh sesak pada hari-hari istimewa, penuh dengan pasangan yang ingin meraikan hari tersebut. Jadi, hantarkan sahaja hidangan enak kepada satu sama lain. Selain itu, terdapat begitu banyak pilihan lazat lain juga.

Cuba berkongsi makanan enak seperti KyoChon 1991 atau pergi ke sesuatu yang lebih romantik seperti La Risata Bar Ristorante, The Locker & Loft atau Lavo.

Tapi kalau sahabat baik anda tak ada di Malaysia, macam mana pula? Adakah anda perlu menggunakan panggilan video untuk meraikan mereka?

Tidak sama sekali!

Sebab ciri terbaharu Grab: GrabGifts kini membolehkan anda menghantar baucar hadiah kepada rakan anda di negara yang berbeza!

Ciri GrabGifts berfungsi di negara Asia Tenggara tempat Grab beroperasi.
(Kredit: TRP)

Jika sahabat anda tinggal di Singapura, Filipina, Indonesia atau Thailand, mereka akan dapat menggunakan baucar hadiah ini pada bila-bila masa yang mereka mahu daripada aplikasi Grab mereka sendiri!

Terdapat juga ciri beta baharu yang dipanggil 100+ Cities Delivery – di mana membolehkan anda membeli dan menghantar apa sahaja dalam masa sejam daripada makanan hingga hadiah di mana-mana di lebih 100 bandar berbeza di Asia Tenggara juga! (Ciri ini masih dilancarkan, jadi semak aplikasi Grab anda!)

Bayangkan berada di Malaysia secara fizikal, namun anda boleh menghantar makanan terus ke rumah rakan anda di Bangkok, Thailand atau Manila, Filipina.

Kongsi cinta anda dengan insan tersayang: keluarga, rakan dan ramai lagi!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd