Doktor Perjelas Bagaimana Wanita Hilang Jari Kaki Lepas Pergi Ke Spa Ikan Di Thailand
Doktor mengesahkan pelancong wanita itu dijangkiti penyakit bawaan air dikenali sebagai Shewanella selepas melakukan spa ikan di Thailand.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Spa ikan adalah salah satu rawatan yang sering dilakukan oleh sesetengah individu untuk membersihkan kaki mereka daripada sel-sel kulit mati.
Kebiasaannya, kaki pelanggan akan direndam di dalam kolam yang mempunyai ikan kecil jenis Garra rufa dalam tempoh 15 sehingga 30 minit. Buat anda yang tidak pernah membuat rawatan spa ikan ini pasti tertanya-tanya bagaimana rasanya kan?
Mengikut pengalaman penulis sendiri, anda akan rasa agak geli sedikit tetapi tidaklah terlalu sakit walaupun ikan-ikan tersebut sedang memakan sel kulit mati di bahagian kaki.
Pelancong Dipercayai Hilang Ibu Jari Kaki Selepas Lakukan Spa Ikan Di Thailand
Walau bagaimanapun, aktiviti spa ikan ini dikatakan boleh memberi kemudaratan selepas satu insiden berlaku kepada seorang pelancong di Thailand pada tahun 2010.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@drsermedmezher), doktor lelaki itu menjelaskan bagaimana pelancong wanita berusia 29 tahun dikenali sebagai Victoria Curthoys kehilangan kesemua jari sebelah kakinya selepas melakukan spa ikan.
Jelasnya, wanita berkenaan sebelum ini pernah mengalami kecederaan pada kaki. Oleh kerana sudah pulih, pelancong tersebut beranggapan mungkin dia sudah boleh mencuba untuk melakukan rawatan spa ikan itu.
Untuk pengetahuan anda, ikan Garra rufa yang digunakan dalam rawatan spa tersebut dipaksa untuk memakan sel-sel kulit mati pada kaki kerana tiada sumber makanan lain yang diberikan.
Namun selepas beberapa hari melakukan rawatan spa ikan berkenaan, pelancong wanita itu mengalami demam dan berasa tidak sedap badan sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.
Bagi merawat penyakit berkenaan, doktor mencadangkan kesemua jari kaki wanita tersebut dipotong.
Doktor mengesahkan Victoria menghidap satu penyakit bawaan air yang dipanggil sebagai Shewanella. Bagi membendung penyakit itu semakin merebak, satu-satunya cara adalah dengan memotong bahagian yang dijangkiti penyakit tersebut.
Dr Sermed Mezher.
Doktor Perjelas Risiko Rawatan Spa Ikan
Mengulas lebih lanjut, doktor itu berkata ikan-ikan yang digunakan di dalam spa tersebut tidak dirawat meskipun air di dalam kolam bertukar ganti.
Oleh disebabkan itu, ikan-ikan yang dikongsi dengan pelanggan lain boleh membawa pelbagai jenis bakteria dan penyakit bawaan air.
Bukan itu sahaja, ikan Garra rufa juga agak mahal dan mungkin sesetengah spa hanya menggunakan ikan Chin Chin yang lebih murah.
Tetapi keburukan ikan Chin Chin ini adalah ia berpotensi untuk menggigit kaki manusia sehingga keluar darah dan perkara ini boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Video penjelasan daripada doktor ini tentang kesan rawatan spa ikan kepada pelancong di Thailand itu telah menarik perhatian ramai sehingga meraih 12 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rawatan Spa Ikan
Walaupun air di dalam kolam rawatan spa ikan itu kerap ditukar, itu tidak memberi jaminan tentang tahap kebersihannya.
Memetik sumber dari Healthline, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat menjelaskan bahawa tangki spa ikan tidak mampu dibersihkan dengan betul dan ikan-ikan yang digunakan juga tidak dapat dirawat satu persatu.
Malah Amerika Syarikat juga telah mengharamkan rawatan spa ikan ini di beberapa daerah mereka termasuklah New York, California, Florida, Texas, Washington dan New Hampshire.
Selain itu, individu yang mempunyai beberapa jenis penyakit juga tidak digalakkan untuk berkunjung ke rawatan spa. Antaranya masalah melibatkan:
- Mempunyai jangkitan kaki.
- Mempunya masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan psoriasis.
- Menghidap diabetes.
- Mempunyai penyakit virus dalam darah seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV.
- Baru sahaja mencukut di bahagian kaki.
- Baru sembuh dari luka di bahagian kaki.
BACA JUGA: Nak Buat Ujian Kesihatan? Ini 7 Lokasi Yang Anda Boleh Pergi
BACA JUGA: Pelancongan Penjagaan Kesihatan Membawa Malaysia Ke Mata Dunia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.