Now Reading
Jabatan Pertanian Malaysia Nafi Dakwaan Wujud Cacing Dalam Pisang

Jabatan Pertanian Malaysia Nafi Dakwaan Wujud Cacing Dalam Pisang

Jabatan Pertanian Malaysia menegaskan bahawa video penemuan cacing jenis ‘Helikopter’ atau ‘Helicobacter’ di dalam buah pisang adalah tidak benar dan maklumatnya juga diragui.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pisang merupakan salah satu buah-buahan yang menjadi kegemaran ramai kerana diperkaya dengan pelbagai jenis vitamin dan serat seperti vitamin C, kalsium, kalium, fosforus, zat besi dan magnesium.

Buah pisang memang senang didapati di mana-mana sahaja seperti di pasar raya, kedai runcit dan sebagainya.

Namun, baru-baru ini tular satu video yang mengejutkan ramai orang apabila ada individu mendakwa terjumpa beberapa ekor cacing ‘Helikopter’ di dalam buah pisang.

Menerusi satu perkongsian video di Facebook Ijan Diah, dia mendakwa sebanyak 500 tan pisang dari Somalia yang tiba di pasaran Malaysia mengandungi cacing tersebut.

Individu yang termakan buah mengandungi cacing berkenaan didakwa boleh terkena gejala seperti cirit-birit, muntah, sakit perut dan juga mampu meragut nyawa.

Dakwaan wujud cacing di dalam buah pisang adalah tidak benar

Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Pertanian Malaysia menegaskan bahawa video penemuan cacing jenis ‘Helikopter’ atau ‘Helicobacter’ di dalam buah pisang adalah tidak benar dan maklumatnya juga diragui.

Ketua Pengarah Pertanian Datuk Zahimi Hassan berkata, Helicobacter adalah sejenis bakteria dan bukannya dari mana-mana kumpulan serangga ataupun ulat.

Menurutnya lagi, orang ramai tidak perlu risau dengan buah-buahan di Malaysia kerana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan sentiasa memastikan produk pertanian tempatan serta luar negara selamat untuk dimakan.

Selain itu, kami juga akan memastikan produk bebas daripada bahan perosak dan penyakit yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna serta alam sekitar.

Ketua Pengarah Pertanian Datuk Zahimi Hassan.

Laporan media juga memaklumkan setakat ini masih tiada lagi aduan mengenai kewujudan Helicobacter pada tanaman pisang di Malaysia.

Jangan risau, cacing tak mampu hidup di dalam pisang

Hasil kajian luar negara juga mendapati bahawa cacing tidak dapat menyempurnakan kitaran hidupnya di dalam buah pisang.

Perkara ini turut diakui oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan dan Pertanian Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd