Now Reading
Pelancongan Penjagaan Kesihatan Membawa Malaysia Ke Mata Dunia

Pelancongan Penjagaan Kesihatan Membawa Malaysia Ke Mata Dunia

Pelancongan penjagaan kesihatan merupakan salah satu industri yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menumpukan kepada hospital swasta, pelancongan perubatan disasarkan buat individu dari luar negara untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang sewajarnya di Malaysia. Antara rawatan yang paling banyak didapatkan di Malaysia adalah rawatan kardiologi, kesuburan dan onkologi.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, Malaysia menerima seramai 1.2 juta pelancong perubatan pada tahun 2019. Dengan penutupan sempadan, jumlah pesakit luar yang datang Malaysia menurun pada tahun 2020 (689, 000) dan 2021 (561,000).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) Mohd Daud Mohd Arif, pesakit kritikal dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di Malaysia ketika penutupan sempadan melalui gelembung perjalanan yang dibangunkan oleh MHTC.

Pada masa yang sama, MHTC masih berupaya untuk memberikan fokus terhadap kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia.

Kredit: Malaysia Healthcare Travel Council/ Facebook

Pada tahun 2021, walaupun sedang dalam tempoh pandemik, Pelan Tindakan Industri Pelancongan Kesihatan 2021-2025 yang dirangka oleh MHTC telah dilancarkan.

Di bawah pelan ini, MHTC memberi fokus kepada tiga tiang strategik iaitu:

  • Ekosistem perjalanan penjagaan kesihatan.
  • Jenama penjagaan kesihatan.
  • Pasaran.

Mohd Daud berkata pasaran utama bagi industri pelancongan penjagaan kesihatan adalah Indonesia, diikuti dengan Bangladesh dan China, berdasarkan jumlah pesakit yang diterima.

Kini, Malaysia sedang dalam usaha untuk memperkenalkan industri ini kepada negara pasaran kedua seperti Hong Kong, Singapura dan Australia. 

Setelah sempadan negara dibuka semula pada April 2022, industri pelancongan penjagaan kesihatan mula menunjukkan peningkatan semula pesakit yang tiba di Malaysia seramai 800,000 orang pada tahun disebut dengan pendapatan sebanyak 1.2 bilion.

Industri ini kini berada di dalam fasa pembangunan semula, atau Rebuilding Phase. Ia dijangka akan berlanjutan sehingga ke tahun 2025 dengan unjuran menunjukkan bahawa ia berpontensi menyumbang sehingga RM10 bilion kepada ekonomi negara. 

Selain daripada pelancongan perubatan untuk merawat penyakit yang dihidapi individu, MHTC juga memberikan fokus terhadap penjagaan kesihatan pencegahan.

Melalui perkara ini, individu yang sihat dan berminat boleh mendapatkan saringan kesihatan ketika melancong di Malaysia. Mohd Daud berkata, terdapat 1.2 juta pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di Malaysia pada tahun 2019.

Apabila dibandingkan dengan 26 juta pelancong pada tahun itu, terdapat lebihan pelancong yang mungkin akan berminat untuk mendapatkan penjagaan kesihatan pencegahan. 

Individu yang datang mendapatkan rawatan di Malaysia bukan sahaja akan menyumbang kepada industri kesihatan, tetapi kepada industri lain seperti perhotelan dan pelancongan secara tidak langsung.

Malah, pesakit sering kali ditemani oleh sekurang-kurangnya seseorang individu lain yang akan turut menyumbang kepada ekonomi negara.

MHTC kini sedang membangunkan sebuah program hospital pelancongan perubatan flagship yang akan membangunkan Malaysia sebagai sebuah ikon antarabangsa dalam pelancongan perubatan.

Tiga aspirasi di bawah program tersebut adalah kecemerlangan perkhidmatan, kecemerlangan perubatan dan penjenamaan antarabangsa.

Program tersebut akan memilih beberapa hospital swasta untuk dijadikan sebagai Flagship Medical Tourism Hospital yang berada pada tahap sama dengan hospital antarabangsa. 

Antara anugerah yang diterima Malaysia bagi industri pelancongan kesihatan adalah:

  • Global Health Awards 2020 bagi Institut Jantung Negara.
  • Prince Court Medical Centre.
  • Sunway Medical Centre.
  • World’s Best Hospital for Medical Tourists (Prince Court Medical Centre, 2017-2019).

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd