Now Reading
5 Tips Penjagaan Luka Jahitan Bersalin Buat Para Ibu

5 Tips Penjagaan Luka Jahitan Bersalin Buat Para Ibu

Antara tips yang boleh diguna pakai oleh golongan ibu untuk menjaga jahitan luka bersalin ialah dengan memastikan faraj sentiasa dalam keadaan kering.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui melahirkan anak bukanlah satu proses mudah yang perlu dilalui oleh para ibu. Kesakitan yang dialami bukan sahaja dirasai semasa melahirkan malah sejak awal tempoh mengandung sehingga selesai mengeluarkan anak dari perut.

Kalau anda nak tahu proses kelahiran secara normal akan mewujudkan tekanan pada faraj bahkan boleh menyebabkan koyakan pada organ tersebut.


Tips Jaga Jahitan Luka Bersalin

Baru-baru ini, tular satu perkongsian menerusi laman X (Twitter @ezzahnor), apabila wanita dikenali sebagai Ezza berkongsi beberapa tips penjagaan luka jahitan buat para ibu selepas tempoh bersalin.

Jelas wanita yang juga bergelar ibu itu, proses membuang air besar dan kecil selepas melahirkan adalah sakit gara-gara luka yang masih belum sembuh.

Tambah Ezza, luka bersalin yang tidak dibersihkan dengan betul berisiko menyebabkan jahitan terbuka, berdarah atau lebih teruk lagi ia akan bernanah.

Sumber: Unsplash

Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku di sini kami senaraikan tips penjagaan luka bersalin untuk golongan wanita:

#1. Pastikan Bahagian Faraj Kering & Bersih

Pertama sekali para ibu perlu memastikan bahagian faraj anda sentiasa dalam keadaan kering dan bersih selepas membuang air besar atau kecil bagi mengelakkan jangkitan berlaku.

Kalau boleh, elakkan lap atau menggosok bahagian tersebut menggunakan tuala. Sebaliknya, anda boleh membiarkannya kering dengan sendirinya buat seketika waktu. Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan ‘dab’ secara perlahan menggunakan tuala lembut.

Sekiranya berasa takut untuk menjirus bahagian luka, anda boleh menggunakan ‘portable bidet’ yang mempunyai semburan tidak kuat. Malah, alatan itu juga mampu menukar ‘angle’ semburan air dengan mudah.

Foto: Portable bidet
#2. Jangan Guna Sabun Mandian

Langkah seterusnya adalah untuk tidak menggunakan sabun mandian dan meletakkan sebarang minyak atau krim pada luka jahitan bagi mengelakkan jangkitan bahaya.

Sumber: Unsplash
#3. Tukar Pad Secara Kerap

Seterusnya, para ibu haruslah menukar tuala wanita yang dipakai dengan kerap.

“A few days lepas bersalin, i tukar tiap dua jam. Dah lama sikit baru empat ke lima jam sekali tukar,” jelasnya.

Anda juga disarankan untuk menggunakan pada tuala wanita yang mudah menyerap air dan nipis. Menurut Ezza, dia jarang memakai ‘maternity pad’ yang besar kerana pembaziran akibat pertukaran tuala wanita berulang kali.

Foto: Tuala wanita jenis nipis

Untuk info, darah nifas akan keluar selepas tempoh ibu bersalin. Kata Ezza, seseorang pernah berkata kepadanya untuk tidak memakai seluar dalam sekiranya darah nifas cepat kering. Hal ini kerana ia mampu memberi pengudaraan kepada bahagian faraj wanita.

Namun dalam kes Ezza, darah nifasnya betul-betul kering sepenuhnya selepas tempoh dua bulan.

#4. Makan Buah & Ubat Untuk Elak Sembelit

Antara kerisauan para ibu adalah mengalami masalah sembelit ketika luka bersalin masih dalam proses penyembuhan. Masalah sembelit boleh menyebabkan anda berasa lebih sakit akibat terpaksa teran air besar.

Bagi mencegah masalah tersebut daripada berlaku, anda boleh amalkan pengambilan buah-buahan yang sesuai dalam rutin pemakanan seperti oren dan kiwi.

Selain itu, pelembut najis (stool softener) juga mampu mengawal masalah sembelit berterusan. Jangan lupa tanya kepada doktor atau pakar di farmasi terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

Sumber: Pexels/X (@ezzahnor)
#5. Sitz Bath

Sitz bath atau dikenali juga dengan istilah rendam bokong merupakan terapi air hangat yang dilakukan bagi merawat rasa ketidakselesaan pada bahagian faraj.

Cara itu juga berkesan bagi mengatasi masalah kegatalan Miss V dan penyembuhan luka jahitan bersalin dengan pantas. Untuk melihat keberkesanannya, anda boleh menggunakan kaedah sitz bath sebanyak satu kali seminggu.

Sumber: X (@ezzahnor)

Barang-barang yang diperlukan untuk membuat sitz bath di rumah ialah:

  • Besin sitz bath
  • Garam mandian Himalayan
  • Uncang herba (ikut keperluan masing-masing)

Cara-cara membuat dan menggunakan sitz bath pula adalah seperti berikut:

  1. Letak besin sitz bath dalam mangkuk tandas.
  2. Isi 1/2 sudu garam Himalayan dan satu uncang herba ke dalam besin tersebut.
  3. Masukkan air panas sebanyak 1 liter dan air suhu bilik 1 liter.
  4. Duduk atas besin sitz bath selama 10 ke 15 minit.
  5. Selepas itu, anda boleh flush air rendaman tersebut dan lap faraj dengan tuala bersih.

Di akhir perkongsian tersebut, Ezza menjelaskan bahawa ramai dalam golongan ibu berjaya sembuhkan luka jahitan dalam masa kurang dari dua minggu dan tidak mengalami sebarang masalah.

Same kes macam saya. Dalam masa seminggu lebih luka dah kering dan alhamdulillah cepat baik. Saya takde letak apa-apa ubat atau minyak. Hanya perlu pastikan Miss V kering elok-elok dan buat sitz bath.

Ezza Nor.

Bolehkah Jahitan Bersalin Yang Terbuka Sembuh?

Memetik sumber Hello Doktor, proses penghasilan tisu dalam badan manusia akan berlaku pada setiap hari. Oleh itu, ia mampu mengisi jurang luka pada jahitan para ibu.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa tempoh jahitan untuk kembali pulih adalah berbeza bagi setiap wanita dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Kedudukan luka.
  • Kedalaman bukaan jahitan.
  • Tempoh jangkitan pada luka sudah berlaku.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash

Kebiasaannya, bekas luka sementara akan timbul selepas kawasan itu sudah sembuh tetapi ia akan mula pudar seperti parut kulit yang lain.

Luka bersalin yang dijahit semula pula berkemungkinan akan sembuh dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, ada juga risiko luka dijangkiti semula.

Sekiranya golongan ibu mendapati terdapat masalah pada bahagian jahitan luka bersalin, anda dinasihatkan untuk segera ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut dari doktor.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Jerit, Jangan Tidur.” – Wanita Ini Kongsi Tips Bersalin Untuk Bantu Si Ibu. Penting Ya!

Baca Artikel Berkaitan: Baru 2 Bulan Selesai Bersalin Czer, Wanita Terhamil Lagi!

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Perlu Elak Skincare Yang Ada 6 Bahan Kimia Ini. Bahaya Untuk Kandungan!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd