Now Reading
Baru 2 Bulan Selesai Bersalin Czer, Wanita Terhamil Lagi!

Baru 2 Bulan Selesai Bersalin Czer, Wanita Terhamil Lagi!

Doktor mengesahkan kandungan bayi di dalam rahim wanita itu sudah berusia dua bulan sewaktu dia membuat pemeriksaan beberapa bulan selepas bersalin czer.

Baru 2 Bulan Selesai Bersalin Czer, Wanita Terhamil Lagi! Ramai Netizen 'Seriau' Tengok Si Ibu Berjalan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap kali seorang wanita melahirkan anak, mereka digalakkan untuk mengamalkan tradisi berpantang untuk menjaga semula fizikal dan emosi jangka masa panjang buat si ibu.

Sesetengah ibu memilih untuk berpantang selama 44 hari dan ada juga yang berpantang sehingga 100 hari.

Antara perkara yang tidak boleh dilakukan ketika berpantang adalah tidak boleh makan beberapa hidangan dan melakukan hubungan seksual bersama suami sebelum darah nifas kering dalam tempoh 40 hari.

Namun buat ibu yang bersalin secara czer pula, mereka digalakkan untuk berpantang atau mengelak dari hamil sekurang-kurangnya dua tahun. Perkara ini turut disarankan oleh World Health Organization (WHO).

Hal ini kerana jarak hamil setelah bersalin Czer bukan saja mempengaruhi jarak usia anak, malah lebih teruk lagi dapat memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan ibu dan bayi yang lahir nanti.


Wanita Terhamil Lagi Selepas Dua Bulan Melahirkan Anak Secara Czer

Belum habis penat melahirkan anak, seorang wanita di Indonesia dikatakan sekali lagi hamil selepas baru sahaja empat bulan melahirkan anak pertama melalui kaedah czer. 

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok suami kepada wanita tersebut (@akashelahi), wanita itu dilihat sukar untuk berjalan menuruni tangga sehingga terpaksa dipimpin oleh pasangannya.

Kita yang tengok riak wajahnya menerusi video pun tak boleh nak membayangkan betapa perit kesakitan yang dialaminya.

Sumber: TikTok @akashelahi

Dalam video lain pula, ibu hamil itu juga sukar untuk keluar dari kereta dan mahu berjalan masuk ke sebuah pusat rawatan. 

Detik-detik yang dikongsikan oleh si suami menunjukkan pergerakan isterinya agak terbatas kerana terpaksa menahan kesakitan.

Difahamkan ketika mereka membuat pemeriksaan doktor mengesahkan wanita kandungan dalam rahimnya sudah berusia dua bulan.

Dalam perkongsian terbaharu, kandungan si isteri bernama Venny itu kini sudah memasuki usia tujuh bulan. 

Kedua-dua video yang dimuat naik itu meraih perhatian ramai sehingga meraih lebih 17 juta tontonan di media sosial. 


Netizen ‘Seriau’ Tengok Kesakitan Dialami Oleh Si Ibu

Video memaparkan Venny menahan kesakitan ketika menuruni tangga rumahnya dimuat naik semula di laman Twitter (@twtbiy) dan meraih pelbagai reaksi dari netizen. 

Ramai netizen meluahkan rasa bengang dan tidak berpuas hati dengan tindakan si suami yang tidak turut ‘berpantang’ dalam membuat hubungan kelamin selepas isterinya baru sahaja bersalin. 

Malah, ada juga wanita yang seakan-akan boleh merasa kesakitan dialami oleh ibu hamil itu kerana berpengalaman melahirkan anak dengan kaedah czer. Kita yang tengok pun ‘seriau’ ya!


5 Keadaan Para Ibu Selepas Bersalin Yang Para Suami Perlu Ambil Tahu

Proses selepas bersalin akan ada banyak cabarannya, lebih-lebih lagi pada satu atau dua minggu pertama.

Selain si ibu, bapa juga memainkan peranan penting untuk menjaga isteri mereka dengan memberi sokongan dari segi fizikal dan emosi. 

Antara keadaan yang perlu diambil berat oleh para suami selepas isteri melahirkan anak adalah seperti:

  • Isteri perlu menggantikan semula tenaga selepas melahirkan anak dengan cara mendapatkan rehat dan tidur mencukupi untuk kembali bertenaga bagi menyusu anak.
  • Sakit untuk membuang air kecil dan besar kerana lubang kemaluan terkoyak besar sehingga ke punggung dan perlu dijahit.
  • Sakit pada bahagian perut kerana rahim mula mengecut dan mengambil masa sehingga enam minggu untuk kembali kepada bentuk asalnya.
  • Keluar darah nifas berwarna merah.
  • Emosi kurang stabil kerana berlaku perubahan hormon dalam tubuh badan.

Buat para suami di luar sana, jagalah isteri anda baik-baik. Besar pengorbanan mereka dari proses mengandung, melahirkan dan membesarkan anak.

Untuk siapa-siapa yang bakal menimang cahaya mata, good luck! Semoga semuanya dipermudahkan.

BACA JUGA: Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu

BACA JUGA: 7 Nasihat Untuk Bakal Bapa Yang Pertama Kali Jadi Ayah

BACA JUGA: First Time Nak Bersalin? Ini 5 Tips Yang Dikongsikan Oleh Para Ibu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd