Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu
Suami adalah individu yang paling penting untuk beri sokongan kepada isteri selepas bersalin.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Proses mengandung dan melahirkan anak adalah suatu perjalanan yang agak mencabar tetapi sangat bermakna kepada para ibu di luar sana.
Bila bertanya kepada wanita hamil mengenai cabaran sepanjang sembilan bulan mengandung, mesti ada macam-macam cerita yang kita boleh dengar.
BACA JUGA: Muka Berubah Jadi Tua & Berkerut, Ibu Hamil Bersyukur Suami Tetap Puji Cantik

Bila ditanya pula tentang kesakitan melahirkan anak, tak boleh nak dibayangkan. Rasa macam tulang dipatah-patah.
Lihatlah, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Jadi, suami adalah individu yang paling penting untuk memberi sokongan moral kepada isteri mereka sebelum dan selepas bersalin.
Para suami, take note!
Proses selepas bersalin juga banyak cabarannya, lebih-lebih lagi pada satu atau dua minggu pertama.
Seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Redza Zainol telah berkongsi beberapa perkara di laman Twitter miliknya tentang perkara yang perlu diambil berat oleh para suami selepas isteri melahirkan anak. Antaranya:
1. Isteri perlu ganti semula tenaga
Proses melahirkan anak memang sangat memenatkan. Jadi, isteri perlu tidur dan berehat untuk kembali bertenaga semula bagi menyusu anak.

2. Sakit untuk membuang air kecil dan besar
Ketika bersalin, lubang kemaluan akan terkoyak besar sehingga ke punggung dan memerlukan jahitan untuk menyembuhkan semula kawasan tersebut.
Jadi, proses untuk membuang air kecil mahupun air besar akan menjadi agak sakit, terutamanya sewaktu pertama kali selepas melahirkan anak.

3. Sakit pada bahagian perut
Selepas melahirkan, para ibu akan berasa sakit pada bahagian perut kerana rahim mula mengecut dan mengambil masa sehingga enam minggu untuk kembali kepada bentuk asalnya.

4. Keluar darah nifas
Darah nifas adalah darah berwarna merah yang keluar selepas bersalin.
Nifas ini adalah salah satu cara tubuh badan ingin menyingkirkan darah yang menyokong pertumbuhan janin semasa tempoh hamil.

5. Emosi kurang stabil
Perubahan hormon dalam tubuh badan membuatkan para ibu mengalami emosi yang tidak berapa stabil.
Tempoh satu hingga dua minggu selepas bersalin adalah waktu yang paling penting untuk suami memberi sokongan mental kepada isteri.


Buat para suami di luar sana, jagalah isteri anda baik-baik. Besar pengorbanan mereka dari proses mengandung, melahirkan dan membesarkan anak.
Untuk siapa-siapa yang bakal menimang cahaya mata, good luck! Semoga semuanya dipermudahkan. 😊
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.