Now Reading
[Video] Pensyarah Sempoi Pakai Karpet Ikut Tema Makan Malam ‘Red Carpet’

[Video] Pensyarah Sempoi Pakai Karpet Ikut Tema Makan Malam ‘Red Carpet’

Pensyarah itu dilihat memakai karpet merah yang dibeli dengan harga RM20 dan telah dinobatkan sebagai pakaian tercantik ketika majlis makan malam itu.

[Video] Pensyarah Sempoi Pakai Karpet Ikut Tema Makan Malam 'Red Carpet'

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila dapat tahu majlis makan malam yang bakal kita hadiri adalah bertemakan acara karpet merah atau red carpet, apa yang anda akan pakai?

Kalau untuk perempuan, mesti ramai yang akan menggayakan busana gaun kembang dengan warna yang menonjol siap berlabuci lagi. Untuk lelaki pula, mungkin mereka akan memakai sut lengkap bersama jaket atau kot dan tali leher.

Tapi kalau anda pula, apa yang akan dipakai ketika majlis makan malam bertemakan red carpet?

Pensyarah Guna Karpet Merah Sebagai Hiasan Diri Untuk Majlis Makan Malam

Bagi seorang pensyarah bernama Ahmad Farid Yang Abd. Talib yang mengajar di Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw), lain pula ideanya ketika menghadiri majlis makan malam dengan tema acara karpet merah.

Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (@4zjee), pensyarah itu dilihat mengenakan karpet merah yang digunting di bahagian tengah untuk membolehkan dia menyarungkannya dari kepala.

Ideanya itu memang lain daripada yang lain kerana pensyarah berkenaan memakai karpet merah untuk menepati tema karpet merah bagi acara makan malam tersebut.

Kalau orang lain mungkin agak segan untuk berbuat demikian, tetapi tidak kepada pensyarah ini kerana dia siap boleh menyanyi lagi di hadapan khalayak ramai ketika majlis tersebut.

[Video] Pensyarah Sempoi Pakai Karpet Ikut Tema Makan Malam 'Red Carpet'
Sumber: TikTok @4zjee

Bercerita kepada mStar, pensyarah itu juga dikatakan telah membawa pulang baucar membeli belah bernilai RM50 selepas dinobatkan sebagai pakaian tercantik pada malam itu.

Katanya bawa balik modal juga kerana harga karpet yang dibelinya itu adalah RM20.

Saya beli karpet harga RM20 kerana nak beli karpet yang lebih besar harganya agak mahal dan keadaan ekonomi kurang baik. Saya tak sangka menang sebab yang lain pun hebat bergaya. Saya dapat hadiah baucar RM50. Kiranya balik modal dan ada baki RM30.

Pensyarah Kolej Matrikulasi Sarawak, Ahmad Farid Yang Abd. Talib.

Bukan itu sahaja, pensyarah berkenaan juga memenangi tempat ketiga dalam pertandingan menyanyi yang dianjurkan ketika majlis berkenaan.

https://www.tiktok.com/@4zjee/video/7188864255079222554

Netizen Kagum Dengan Idea Pensyarah Itu Yang Agak Unik

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, ramai netizen terkejut dan kagum melihat idea pakaian pensyarah itu yang agak kreatif dan lain daripada lain.

Ini baru betul-betul ikut tema karpet merah kan? Tak terfikir pula akan ada individu yang ‘pakai’ karpet itu sendiri sebagai perhiasan.

Selama ini kalau tema karpet merah je, mesti terfikir baju yang glamor dan ‘classy’.

Idea Pakai Untuk Majlis Tema Karpet Merah

Bila sesuatu majlis itu sudah menetapkan tema pakaian contohnya seperti acara karpet merah, mesti akan ada di antara anda yang sudah menggaru kepala tak tahu nak pakai apa.

Jangan risau, kami boleh sumbangkan sedikit idea untuk anda.

Antara idea pakaian yang boleh dikenakan oleh wanita ketika majlis tersebut adalah seperti gambar-gambar di bawah:

Idea untuk wanita:

red-carpet

Idea untuk lelaki:

red-carpet-1

Semoga idea kami ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd