Now Reading
[Video] Aksi Lelaki Terjun Di Tasik Cermin Tanpa Sebab Boleh Jadi Punca Tempat Itu Ditutup

[Video] Aksi Lelaki Terjun Di Tasik Cermin Tanpa Sebab Boleh Jadi Punca Tempat Itu Ditutup

Terjun di Tasik Cermin, apa yang difikirkan agaknya?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kalau ada plan untuk melawat Ipoh, Perak, ada satu tempat ‘tersembunyi’ yang wajib dikunjungi iaitu Tasik Cermin.

Lokasi unik tasik ini sebenarnya masih tidak diketahui oleh semua orang.

Tasik Cermin terletak di tengah-tengah bentukan batu kapur dan gunung ganang. Untuk masuk ke kawasan tasik ini, anda perlu melalui terowong gua sepanjang 50 meter.

Terowong yang perlu anda lalui sebelum sampai ke Tasik Cermin.

Jangan risau, terowong tu memang gelap sikit tapi jalan tak sampai dua minit dah sampai Tasik Cermin.

Lawa sangat.

Pengunjung terjun di Tasik Cermin tanpa sebab?

Beberapa hari lalu, satu rakaman video TikTok berdurasi 15 saat telah membanjiri media sosial yang memperlihatkan seorang pengunjung bertindak terjun ke dalam tasik tersebut.

Video itu kini telah berjaya meraih lebih 3.1 juta tontonan setelah dimuat naik pada dua hari lepas.

Tanpa mengetahui punca sebenar, kesemua pengunjung pada ketika itu turut tertanya-tanya apa sebenarnya motif individu itu?

@iamsyafiruz

Thank you 🥺 ##tasikcerminipoh ##WinnerWinnerMoment

♬ suara asli – gabut woi

Video yang memaparkan lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan menunjukkan seolah ingin bermandi-manda di kawasan rekreasi tersebut.

Pelik sungguh, apa yang difikirkan agaknya?


Orang ramai luah rasa kurang senang

Tinjaun komen di media sosial turut mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan lelaki berkenaan.

Ini kerana perbuatannya itu boleh menyebabkan kawasan rekreasi tersebut ditutup kepada pengunjung.

Tak pasal-pasal.

Kalau tiada benda untuk diselamatkan dalam tasik itu, janganlah terjun. Elok nanti tempat ini jadi menarik nanti tukar jadi berhantu pula.

Warganet.

Orang Ipoh pun tak ada nak buat macam itu, tak pasal tempat ini tutup nanti.

Warganet.

Memetik laporan Kosmo, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memaklumkan kepada orang ramai tidak dibenarkan mandi di tasik tersebut dan siasatan juga akan dilakukan bagi mengetahui kejadian berkenaan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd