Now Reading
Video Reaksi Tuan & Haiwan Peliharaannya Terkejut Bunyi Bunga Api Raih 6 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

Video Reaksi Tuan & Haiwan Peliharaannya Terkejut Bunyi Bunga Api Raih 6 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

Wanita tersebut yang sedang membuat ‘live’ ketika itu sedang bercerita kepada pengikutnya di TikTok sebelum terdengar bunyi dentuman mercun bunga api kedengaran di luar rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sesetengah orang gemar membela haiwan peliharaan sebagai peneman di rumah, terutamanya mereka yang tinggal bujang di kediaman masing-masing.

Kadang-kadang bila baru balik dari tempat kerja, terus hilang rasa penat dapat bermain dan bermanja dengan haiwan peliharaan.

Bukan senang nak bela haiwan peliharaa ini. Ada je benda-benda pelik yang dibuatnya. Tapi best juga kerana mereka juga boleh menghiburkan kita dengan gelagat comel.

BACA JUGA: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu

Reaksi Tuan Dan Haiwan Peliharaan Sama ‘Timing’ Bila Dengar Bunyi Mercun Bunga Api

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik di laman TikTok (@at_bie) menunjukkan reaksi seorang wanita bersama haiwan peliharaannya iaitu ‘guinea pig’ ketika terdengar bunyi dentuman mercun.

Wanita tersebut yang sedang membuat ‘live’ sambil berinteraksi bersama pengikutnya tiba-tiba terdengar bunyi dentuman mercun bunga api di luar rumah.

Siapa tak terkejut dengar bunyi mercun kan? Waktu itu, wanita berkenaan bersama haiwan peliharaanya dua-dua menoleh ke arah luar rumah secara serentak.

Malah, reaksi yang diberikan oleh mereka berdua juga sama. Memang kebetulan sama ‘timing’ pula.

Kami kalau terdengar bunyi mercun, kalau sekarang tengah zaman-zaman bunyi mercun, memang kami berdua akan termenung terkejut tahu tak. Bunyi mercun!

Pengguna TikTok @at_bie.

Video tersebut telah tular dan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial sehingga berjaya meraih enam juta tontonan dalam tempoh 24 jam dimuat naik di TikTok.

https://www.tiktok.com/@at_bie/video/7158812485103914267?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Ramai Terhibur, Siap Ada Yang Nak Bela Guinea Pig Juga

Di ruangan komen, boleh dikatakan ramai yang terhibur melihat telatah spontan mereka lebih-lebih lagi reaksi itu dilakukan secara serentak sebaik terdengar bunyi mercun.

Memang comel betul!

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan muka tuan dan haiwan peliharaan itu juga lebih kurang sama. Macam kembar pula katanya.

Terhibur melihat video berkenaan, ada yang katanya memasang niat untuk membela ‘guinea pig’ juga kerana seronok tengok gelagat haiwan tersebut.

Ulang banyak kali pun tetap menghiburkan. Comel je!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd