Now Reading
5 Perkara Perlu Elak Bila Jumpa Bayi Ketika Ziarah Raya. Take Note Semua!

5 Perkara Perlu Elak Bila Jumpa Bayi Ketika Ziarah Raya. Take Note Semua!

Antara perkara yang tetamu perlu elakkan ketika melakukan ziarah hari raya adalah mencium bayi sesuka hati.

Minta Izin Sebelum Ambil Gambar, Elak Cium Pipi & 3 Lagi Perkara Perlu Elak Bila Jumpa Bayi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri mula diraikan pada tahun ini, memang ramai yang sakan beraya ke sana ke sini untuk menziarahi ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Bila sudah lama tidak berjumpa, tahu-tahu ada di antara mereka yang sudah bergelar ibu dan mempunyai beberapa orang anak. Kejap betul masa kan?

Setiap kali jumpa bayi, mesti ramai yang teruja dengan kecomelan anak kecil ini dan rasa seperti mahu menggomol mereka, lebih-lebih lagi bila ada ‘baby fever’.

Dalam keterujaan itu, anda perlu berjaga-jaga kerana bayi adalah individu yang sangat sensitif dan badan mereka masih ‘fragile’.


5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Apabila Berjumpa Dengan Bayi

Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@AmirahAlaydrus), wanita ini berkongsi beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika berjumpa dengan bayi yang masih lahir ketika menziarahi sanak-saudara sempena perayaan Aidilfitri.

Antaranya:

1. Perkara Perlu Dielakkan Apabila Berjumpa Bayi: Mendekati Bayi Selepas Merokok

Minta Izin Sebelum Ambil Gambar, Elak Cium Pipi & 3 Lagi Perkara Perlu Elak Bila Jumpa Bayi
Sumber: Sehat Aja

Apabila seseorang baru selesai merokok, elakkan dari mendekati bayi apatah lagi mencium pipi dan memeluk mereka. Ini kerana bau rokok pada badan perokok akan melekat kuat pada baju bayi.

Keadaan tersebut akan menjadikan bayi sebagai ‘second-hand smoker’ dan menerima impak yang lebih teruk berbanding perokok itu sendiri.

2. Perkara Perlu Dielakkan Apabila Berjumpa Bayi: Kejut Bayi Yang Sedang Tidur

Minta Izin Sebelum Ambil Gambar, Elak Cium Pipi & 3 Lagi Perkara Perlu Elak Bila Jumpa Bayi
Sumber: Freepik

Kalau anda tengok bayi itu sedang nyenyak tidur, jangan sesekali kejut mereka semata-mata kerana mahu bermain dengan mereka.

Kena beringat juga kadang kala waktu bayi sedang tidur itulah peluang untuk ibu bapa mereka untuk berbual dengan tetamu ketika ziarah raya.

Cuba bayangkan kalau anda kejut bayi yang sedang tidur, mungkin ia akan menyukarkan ibu bapa anak kecil berkenaan untuk beramah dengan tetamu yang hadir.

3. Perkara Perlu Dielakkan Apabila Berjumpa Bayi: Dekati Bayi Ketika Diri Tidak Berapa Sihat

Sumber: Bodrex

Bayi tidak mempunyai sistem imunisasi yang kuat lagi di awal usia mereka. Jadi, keadaan ini akan membuatkan mereka mudah terdedah dengan sebarang jangkitan.

Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk, selesema, demam dan sebagainya, elakkan berjumpa dengan bayi yang masih kecil kerana bimbang mereka akan turut terjangkit daripada anda.

4. Perkara Perlu Dielakkan Apabila Berjumpa Bayi: Sesuka Hati Ambil Gambar Dan Video Bayi

Sumber: iMore

Zaman sekarang ini boleh dikatakan semua perkara ingin dimuat naik di media sosial, betul tak?

Walaupun perkara itu dianggap normal dan dilakukan oleh ramai orang, tetapi anda tidak boleh sesuka hati mengambil gambar bayi seseorang dan memuat naiknya ke dalam media sosial tanpa meminta kebenaran.

Lebih baik minta izin kepada ibu bapa bayi tersebut terlebih dahulu kerana sesetengah orang tidak gemar wajah bayi mereka dipaparkan di khayalak ramai bagi mengelakkkan timbulnya penyakit ain.

BACA JUGA: Wajah Ustaz Kazim Elias Berubah 70% Dari Asal Lepas Terkena Penyakit Ain

5. Perkara Perlu Dielakkan Apabila Berjumpa Bayi: Mencium Pipi Bayi

Sumber: KlikDokter

Tidak dinafikan, bau bayi adalah antara bau yang paling digemari ramai. Tak boleh nak cakap bau bayi itu macam mana.

Disebabkan itu, ramai yang akan terus mencium pipi bayi kerana gemar dengan bau mereka.

Walaupun tindakan itu sering dilakukan, sebenarnya tidak berapa elok ya kerana badan kita terdedah dengan pelbagai permukaan yang berkemungkinan mempunyai bakteria bahaya kepada bayi.

Lebih-lebih lagi apabila kita berkunjung dan bersalaman dengan ramai orang, jadi agak bahaya untuk terus mendekati dan mencium bayi tanpa sebarang perlindungan.

Sebagai ibu bapa, anda juga perlu bertegas dengan tetamu yang ingin mendekati bayi anda kerana keadaan anak yang masih kecil sangat sensitif.

Mungkin juga ada sesetengah ibu yang masih berpantang ketika musim perayaan ini, maka para suami memainkan tanggungjawab penting bagi menjaga bayi serta isteri mereka.

BACA JUGA: Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan

BACA JUGA: Dedah Kisah Bayi Tersedak Susu, Doktor Ini Kongsi Perkara Penting Untuk Ibu Bapa

BACA JUGA: Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu


Jenis ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Datang Beraya

Beberapa tahun lalu, sambutan perayaan Aidilfitri tidak disambut dengan meriah kerana pandemik Covid-19 dan lewat balik ke kampung kerana raya ‘mengejut’.

Jadi tahun ini memang ramai yang ‘lepas geram’ untuk raya sakan di kampung dengan ahli keluarga dengan berkunjung ke rumah sanak-saudara.

Dalam pada itu, anda sebagai tetamu juga perlu diambil perhatian apabila menziarahi ahli keluarga atau rakan-rakan semasa hari raya.

Antaranya:

  • Perhatikan kelakuan anak-anak.
  • Beritahu awal sebelum datang ke rumah untuk ziarah raya.
  • Jangan sesuka hati mencium bayi kecil.
  • Basuh pinggan lepas makan.
  • Makan kuih raya berpada-pada.
  • Jamah sedikit hidangan walaupun sudah kenyang.
  • Jangan merokok di kawasan rumah.
  • Jangan beraya di rumah sehingga lewat malam.
  • Jangan tanya soalan sensitif kepada tuan rumah.

BACA JUGA: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd