Now Reading
First Time Nak Bersalin? Ini 5 Tips Yang Dikongsikan Oleh Para Ibu

First Time Nak Bersalin? Ini 5 Tips Yang Dikongsikan Oleh Para Ibu

Antara tips untuk ibu yang pertama kali akan melahirkan anak adalah perbanyakkan berjalan dan makan sebelum bersalin.

5 Tips Untuk Bantu Bakal Ibu Yang Pertama Kali Bersalin. Suami Pun Take Note Ya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perjalanan untuk bergelar seorang ibu pastinya satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan perlu bersedia dari segi fizikal serta mental untuk menghadapi segala cabaran mendatang.

Pengalaman melahirkan anak ini memang tidak akan dapat di mana-mana melainkan anda sendiri merasainya.

Kalau mendengar cerita dari orang lain, kita pun tak boleh nak membayangkan sakit itu macam mana, betul tak? Ada yang kata sakit bersalin itu ibarat 20 tulang dipatahkan serentak!


Tips Bersalin Untuk Bakal Ibu Yang Pertama Kali Akan Melahirkan Anak

Sebagai wanita yang pertama kali bakal bergelar ibu dan melahirkan anak, perasaan takut yang wujud itu adalah normal.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@nuriyliamalek) yang bakal bergelar ibu buat pertama kali mengajukan pertanyaan secara terbuka menerusi ciapannya tentang tips untuk melahirkan anak.

Ramai ibu di luar sana yang membantu memberikan nasihat dan juga tips bagi memudahkan urusan sepanjang bergelar ibu termasuklah ketika melahirkan anak.

Antara tips yang diberikan oleh netizen adalah seperti:

1. Tips Bersalin Untuk Wanita Yang Pertama Kali Bersalin: Persiapan Dari Segi Mental

Persiapan dari segi mental memang sangat penting bagi mereka yang bakal bergelar ibu kerana perlu menahan sakit ketika bersalin dan selepas itu perlu mengumpul tenaga untuk mennyusu bayi pula.

Bayi perlu diberi susu setiap dua tiga jam. Jadi, tempoh untuk ibu mendapatkan tidur juga akan berkurangan.

Itu belum termasuk sakit ketika menyusu seperti bengkak di bahagian payudara, kurang penghasilan susu badan dan sebagainya.

BACA JUGA: Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan

2. Tips Bersalin Untuk Wanita Yang Pertama Kali Bersalin: Banyakkan Berjalan

Untuk memudahkan urusan bersalin, netizen juga memberikan tips supaya ibu hamil memperbanyakkan aktiviti berjalan lebih-lebih lagi beberapa jam ketika ‘due’ sudah dekat.

Aktiviti berjalan ini akan membolehkan proses untuk mengeluarkan bayi lebih mudah. Antara senaman yang dicadangkan adalah seperti berjalan itik.

3. Tips Bersalin Untuk Wanita Yang Pertama Kali Bersalin: Belajar Teknik Pernafasan Ketika Meneran

Selain memerlukan tenaga, proses bersalin juga melibatkan teknik pernafasan yang betul bagi melancarkan ibu hamil melahirkan anak dengan lebih mudah.

Teknik pernafasan ini juga boleh dipelajari dengan mempraktikkannya dengan cara turun naik tangga.

4. Tips Bersalin Untuk Wanita Yang Pertama Kali Bersalin: Makan Dahulu Sebelum Melahirkan

Tenaga yang sangat banyak diperlukan untuk membolehkan ibu hamil meneran dan menggunakan sepenuh kudrat bagi mengeluarkan bayi dari dalam rahim.

Oleh itu, ibu hamil digalakkan untuk makan sebelum bersalin bagi mengumpul tenaga sebelum dikerah untuk meneran bagi mengeluarkan bayi.

5. Tips Bersalin Untuk Wanita Yang Pertama Kali Bersalin: Ambil Suntikan Epidural Untuk Mengurangkan Sakit Contraction

Ada juga wanita yang mendedahkan bahawa sakit ketika contraction itu lebih perit berbanding sewaktu bersalin. Jadi, segelintir netizen memberi cadangan untuk mengambil suntikan epidural bagi mengurangkan kesakitan ketika contraction.

Katanya selepas ambil suntikan epidural, proses bersalin itu rasa seperti tiada apa yang berlaku. Tetapi, bergantung juga ya kepada tubuh badan masing-masing.


5 Kondisi Ibu Selepas Bersalin Yang Perlu Diambil Perhatian Oleh Para Suami

Sebagai seorang suami, anda juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal isteri terutamanya selepas mereka baru sahaja melahirkan anak.

Antara kondisi para isteri selepas mereka bersalin yang perlu diambil tahu oleh para suami adalah seperti:

  • Isteri perlu mengganti semula tenaga dengan mendapatkan tidur serta rehat yang mencukupi untuk kembali bertenaga bagi menyusu anak.
  • Proses untuk membuang air kecil mahupun air besar akan menjadi sangat sakit kerana lubang kemaluan mempunyai koyakan yang besar sehingga ke punggung ketika bersalin.
  • Sakit pada bahagian perut kerana rahim mula mengecut dan mengambil masa sehingga enam minggu untuk kembali kepada bentuk asalnya.
  • Darah nifas akan kerap keluar bagi membolehkan tubuh badan menyingkirkan darah yang menyokong pertumbuhan janin semasa tempoh hamil.
  • Tempoh satu hingga dua minggu selepas bersalin adalah waktu yang paling penting untuk suami memberi sokongan mental kepada isteri kerana mengalami perubahan hormon dalam tubuh badan.

Buat para suami di luar sana, jagalah isteri anda baik-baik kerana pengorbanan mereka untuk melahirkan anak itu cukup besar.

Kepada suami isteri yang bakal menimaang cahaya mata tidak lama lagi, good luck! Semoga semuanya dipermudahkan.  😊

BACA JUGA: Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu

BACA JUGA: Ini 9 Barang Berguna Untuk Beri Kepada Pasangan Yang Baru Dapat Anak

BACA JUGA: Doktor Di AS Berjaya Lakukan Pembedahan Otak Bayi Dalam Janin


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd