Now Reading
Doktor Di AS Berjaya Lakukan Pembedahan Otak Bayi Dalam Janin

Doktor Di AS Berjaya Lakukan Pembedahan Otak Bayi Dalam Janin

Sepasukan doktor di Boston dilaporkan telah berjaya menjalankan pembedahan otak bayi dalam janin untuk merawat keadaan otak yang jarang ditemui dan dikenali sebagai Malformasi Vena Galen.

brain surgery in womb

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebiasaannya, pembedahan otak ataupun apa jua jenis pembedahan akan dilakukan ketika bayi sudah selamat dilahirkan.

Walau bagaimanapun, lain pula kes yang dilaporkan baru-baru ini di mana sepasukan doktor di Boston telah berjaya menjalankan pembedahan bayi dalam janin bagi merawat keadaan otak yang jarang ditemui iaitu dikenali sebagai vein of Galen malformation (VOGM).

Prosedur yang dipandu oleh ultrabunyi tersebut merupakan salah satu prosedur pertama untuk keadaan kesihatan seperti ini.

Memetik laporan CNN, keadaan ini berlaku apabila salur darah yang membawa darah dari otak ke jantung, juga dikenali sebagai vena Galen, tidak berkembang dengan betul. Malformasi, yang dikenali sebagai VOGM, menyebabkan jumlah darah terlalu banyak menekan vena dan jantung dan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan.

Kerosakan otak yang luar biasa dan kegagalan jantung serta-merta selepas kelahiran adalah dua cabaran besar.

Dr. Darren Orbach, Pakar Radiologi di Hospital Kanak-Kanak Boston dan pakar dalam merawat VOGM, menerusi CNN.

Jelasnya Orbach lagi, kebiasaannya bayi dirawat selepas dilahirkan dengan menggunakan kateter untuk memasukkan gulungan-gulungan kecil untuk melambatkan aliran darah.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa rawatan yang diberikan sering terlambat.

50 hingga 60% jumlah bayi yang menghidapi penyakit ini akan berasa sakit dengan cepat. Dan untuk golongan ini juga terdapat kira-kira 40% risiko kematian. Kira-kira separuh daripada bayi yang selamat mengalami masalah neurologi dan kognitif yang teruk.

Dr. Darren Orbach, Pakar Radiologi di Hospital Kanak-Kanak Boston dan pakar dalam merawat VOGM, menerusi CNN.

Diberikan ‘Pilihan’

Mengulas lanjut, ibu bapa kepada bayi tersebut iaitu Derek, 39, dan Kenyatta Coleman, 36, yang berasal dari Baton Rouge, Louisiana meluahkan perasaan terkejut dan gembira apabila mengetahui tentang kehamilan keempat ini.

Pasangan ini telah berkahwin selama tujuh tahun dan sudah bersedia untuk menyambut cahaya mata baharu dalam keluarga mereka.

Kenyatta menjelaskan dia tidak merasakan apa-apa yang istimewa ataupun aneh tentang kehamilannya. Setelah dikurniakan tiga orang anak, Kenyatta menganggap bahawa pemeriksaan ultrabunyi itu adalah janji temu rutin sahaja.

Bayi itu sihat. Pemeriksaan anatomi tidak menunjukkan apa-apa. Semua profil biofizikalnya normal. Kami sebenarnya berfikir bahawa saya dan bayi berada dalam keadaan selamat.

Kenyatta, yang bercakap dengan CNN secara eksklusif.

Malah, ujian genetik yang dilakukan juga menunjukkan bahawa kehamilan ini adalah ‘berisiko rendah’. Walau bagaimanapun, ketika Kenyatta menjalani pemeriksaan ultrabunyi pada minggu ke-30 kehamilannya, dia mengatakan ada sesuatu yang berbeza.

Beliau berkongsi dengan saya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dari segi otak bayi dan juga cara jantungnya membesar.

Kenyatta, yang bercakap dengan CNN secara eksklusif.

Setelah siasatan lanjut dilakukan, bayinya disahkan menghidap VOGM.

Keluarga Coleman telah diberitahu tentang ujian klinikal yang dijalankan oleh Brigham dan Women’s dan Hospital Kanak-Kanak Boston yang boleh menyediakan rawatan sebelum bayi mereka dilahirkan.

Kenyatta juga diingatkan tentang risiko yang mungkin terjadi iaitu bersalin pramatang atau pendarahan otak untuk janin. Akan tetapi, keluarga Coleman merasakan bahawa mereka tidak ada pilihan lain. Mereka ingin meneruskan ujian klinikal tersebut.

Pada 15 Mac, tepat satu bulan selepas pemeriksaan ultrabunyi yang mengesan malformasi, Kenyatta menjalani pembedahan berkenaan.


Pembedahan Melibatkan 2 Pesakit; Ibu & Bayi Dalam Janin

Doktor perlu memastikan fetus itu berada pada posisi yang betul dengan kepala menghadap dinding rahim ibunya.

Dr. Louise Wilkins-Haug, Pengarah Bahagian Perubatan Fetal Maternal dan Genetik Reproduktif di Brigham and Women’s Hospital, bekerjasama dengan Orbach untuk memastikan bahawa fetus itu tidak hanya berada pada posisi yang betul untuk prosedur itu, tetapi kekal di situ.

Wilkins-Haug menjelaskan mereka menggunakan teknik yang ‘dipinjam’ dari pembedahan jantung di dalam kandungan sebelum ini. Setelah fetus berada pada posisi optimum, ia akan menerima suntikan kecil ubat supaya tidak bergerak dan juga suntikan kecil ubat untuk mengurangkan kesakitan.

Setelah itu, doktor akan memasukkan jarum melalui dinding perut, mengalirkan kateter melalui jarum dengan teliti, supaya keluli kecil dapat mengisi vena, memperlambat aliran darah dan mengurangkan tekanan.

Bayi itu menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan serta-merta, dengan pemindaian menunjukkan penurunan tekanan darah di kawasan penting.

Ia adalah perkara yang menggembirakan pada saat kami berjaya melakukan embolisasi.

Dr. Darren Orbach, Pakar Radiologi di Hospital Kanak-Kanak Boston dan pakar dalam merawat VOGM, menerusi CNN.

Namun kejayaan tidak hanya ditakrifkan oleh detik itu sahaja, tetapi apa yang akan berlaku selepas itu.


2 Hari Selepas Pembedahan, Bayi Selamat Dilahirkan

Setelah prosedur selesai dilakukan, Kenyatta perlahan-lahan mulai kehilangan air ketuban dan dua hari kemudian, dia berjaya melahirkan bayinya pada usia 37 minggu kehamilan.

Pada tarikh 17 Mac, Denver Coleman selamat dilahirkan.

Saya mendengar tangisannya untuk pertama kalinya dan saya bahkan tidak boleh mengungkapkan bagaimana perasaan saya pada saat itu.

Kenyatta, yang bercakap dengan CNN secara eksklusif.

Para doktor turut berkongsi kegembiraan dan menyatakan dalam tempoh bayi baru lahir, dia sangat stabil dan tidak memerlukan sebarang rawatan segera yang kebiasaannya diperlukan oleh bayi lain dengan keadaan seperti ini.

Apa yang lebih menggembirakan, setelah hampir dua bulan setelah kelahiran Denver, dia dilihat terus membesar dengan baik.

Dia juga tidak mengambil sebarang ubat untuk kegagalan jantung, dan pemeriksaan neurologinya adalah normal. Malah, tiada petunjuk yang menunjukkan bahawa dia memerlukan sebarang intervensi tambahan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd