Now Reading
Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan

Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan

Bayi yang kurang susu badan boleh menyebabkan berat mereka naik tidak melebihi 25 gram sehari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap wanita pastinya mempunyai impian untuk menjadi seorang ibu.

Cuba tanya kepada mana-mana isteri, mesti kebanyakannya akan melompat gembira bila dapat tahu mereka mengandung.

Selepas melahirkan anak, kebiasaannya para ibu akan menyusu bayi mereka dan digalakkan untuk berbuat sedemikian sehingga umur anak berusia dua tahun.

Namun, ada sesetengah ibu yang mengalami masalah di mana badan mereka tidak mampu menghasilkan susu badan yang banyak.

BACA JUGA: Mufti Perjelas Hukum Ibu Sengaja Tak Mahu Menyusu Badan

Tanda-tanda bayi kurang susu badan

Pakar kesihatan berpendapat bahawa seorang ibu perlu memberikan susu awal kepada anaknya (susu kolustrum) kerana mempunyai khasiat yang diperlukan oleh bayi.

Susu kolustrum adalah susu ibu yang terawal dihasilkan bermula pada pertengahan kehamilan, iaitu antara minggu ke 12 hingga ke 18 dan beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan.

Macam mana kita nak tahu sekiranya bayi itu mendapat bekalan susu badan yang cukup ataupun tidak?

Menerusi perkongsian seorang doktor kesihatan di laman Twitter @DrRedzaZainol, dia memaklumkan terdapat beberapa petanda sekiranya bayi itu kekurangan susu badan.

Antaranya:

1. Air kencing pekat dan membentuk garam kristal

Kredit: Nurse Carly

Garam kristal atau juga disebut ‘urate crystal’ adalah pembentukan garam yang terhasil daripada asid urik.

Bayi dilahirkan dengan paras asid urik yang tinggi dalam darah selepas menerimanya melalui plasenta. Tapi anda jangan risau kerana paras ini akan menurun selepas dikumuhkan dalam air kencing dan najis.

Tetapi sekiranya bayi itu kurang menerima susu badan, maka kurang air kencing akan terhasil dan paras asid urik menjadi tinggi.

Maka terbentuklah ‘urate crystal’ dalam warna merah atau jingga.

2. Tidak kerap tukar lampin bayi

Jika seseorang bayi itu jarang ditukarkan lampin, itu bermakna dia kurang menghasilkan air kencing.

Ini berlaku kerana kurangnya cecair di dalam tubuh badan.

Untuk bayi yang normal, mereka mesti menukar lampin sebanyak 6-10 kali sehari.

3. Bayi kurang berat badan

Petanda yang lain adalah apabila berat bayi anda naik tidak melebihi 25 gram sehari daripada usia sehari hingga tiga bulan.

Kalau bayi yang normal, berat mereka ayang naik dua kali ganda pada usia lima tahun dan tiga kali ganda ketika memasuki usia satu tahun.


Kakak-kanak yang masih bayi masih tidak boleh bercakap dengan kita kalau mereka dahaga ataupun kekurangan susu.

Jadi sebagai ibu bapa, kita perlu peka dan prihatin dengan perubahan anak.

Kalau wujud petanda seperti di atas, pastikan tindakan segera dilakukan demi memastikan anak membesar dengan sihat.

Anak gembira, ibu bapa pun nanti senang hati.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd