Now Reading
[Video] Ryzal Ibrahim Singgah Beli Perfume Di Mekah Ketika Transit Di Jeddah Jadi Tumpuan

[Video] Ryzal Ibrahim Singgah Beli Perfume Di Mekah Ketika Transit Di Jeddah Jadi Tumpuan

Menurut suami kepada Maryam Durian Kimchi itu, dia mempunyai masa lebih kurang 30 minit sahaja di Mekah untuk membeli minyak wangi sebelum bergegas semula ke Lapangan Terbang Jeddah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang Tanah Suci Mekah, sudah tentu ramai umat Islam memasang niat dan impian untuk menjejakkan kaki ke sana bagi menunaikan ibadah umrah atau haji.

Ada di antara kita masih belum berpeluang untuk ke sana, tetapi ramai juga yang sudah tiba ke Mekah dengan rezeki dikurniakan olehNya.

Malah ada juga di kalangan orang ramai yang hanya sempat singgah sebentar di sana yang dipanggil sebagai transit sementara menunggu penerbangan ke mana-mana negara.


Ryzal Ibrahim Singgah Ke Mekah Untuk Beli Wangian Ketika Transit Di Jeddah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ryzalibrahim) apabila influencer Ryzal Ibrahim berkongsi pengalamannya singgah ke Mekah. Bukan untuk menunaikan umrah atau haji, sebaliknya untuk membeli sejenis pewangi yang digemarinya.

Difahamkan dia berkesempatan untuk singgah ke Tanah Suci selama beberapa minit sahaja ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah, Mekah dari London, United Kingdom.

Sumber: TikTok (@ryzalibrahim)

Walaupun hanya bersebelahan dengan Masjidil Haram, namun disebabkan kesuntukan masa untuk mengejar penerbangan seterusnya, Ryzal yang juga suami kepada influencer Maryam, Durian Kimchi itu tidak dapat menunaikan umrah pada kali ini.

Tak cukup masa. Insya-Allah lain kali pun kita datang. Niat dah ada untuk buat umrah, sebenarnya dah cukup (simpanan). Tetapi disebabkan Allah tak izinkan maka tak jadi. Semuanya atas izin Allah.

Ryzal Ibrahim.

Bergegas Ke Clock Tower Sebelum Penerbangan Ke Kuala Lumpur

Menerusi klip dikongsi, kelihatan Ryzal sedang bergegas memasuki Menara Abraj Al Bait yang juga lebih dikenali sebagai Clock Tower iaitu berhadapan dengan Masjidil Haram.

Jelasnya, minyak wangi itu hanya dijual di sebuah kedai sahaja yang terletak di sana. Sejurus mendapatkan wangian yang dicari, Ryzal kemudian pergi ke Lapangan Terbang Jeddah untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Sumber: TikTok (@ryzalibrahim)

Berbaki lebih kurang 3 jam lagi sebelum penerbangan, Ryzal telah sampai ke sana dengan selamat bersama wangian yang dicari olehnya.

@ryzalibrhm

Insha-Allah ada rezeki kita datang lagi

♬ original sound – Ryzal Ibrahim

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Ryzal Ke Mekah Untuk Beli Wangian

Menjengah ke ruangan komen, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan Ryzal kerana tidak melakukan tawaf selamat datang dan selamat tinggal ketika mengunjungi Mekah.

Menjawab kepada pertanyaan itu, ada pengguna TikTok yang berkata Ryzal hanya ke sana untuk transit dan bukan atas urusan umrah.

Malah, ada juga yang berkata rezekinya luas kerana berpeluang ke sana walaupun bukan untuk tujuan menunaikan umrah.

“Masya-Allah rezeki. Tetapi betul Ryzal cakap, mungkin Allah tak izinkan dia buat umrah. InsyaAllah lain kali ada rezeki,” jelas seorang individu.

Sementara itu, ada yang berkata wangian dijual di Mekah sememangnya berbau harum.

“Perfume mekah memang wangi sangat. Jatuh cinta dengan wangian perfume Mekah,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ada yang berkata mereka tidak sangka penggunaan ayat ‘pergi Mekah balik hari’ sememangnya wujud.

“Pertama kali dengar pergi Mekah balik hari. Selalu peniaga je guna ayat ni,” ujar seorang warganet.

Sumber: TikTok (@ryzalibrahim)

Baca Artikel Berkaitan: “Nabi Muhammad SAW Kirim Salam..” & Pengalaman Lain Jemaah Ketika Di Tanah Suci Mekah

Baca Artikel Berkaitan: 150 Hari Kembara Berbasikal Dari KL, 3 Rakyat Malaysia Sampai Di Madinah Untuk Tunaikan Haji

Baca Artikel Berkaitan: “Niat Nak Buat Konten?” – 3 Individu Silat Depan Masjid Nabawi Cetus Perdebatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd