Now Reading
KTMB Beri Penjelasan Tentang Penganjuran Pinkfish Festival Dalam Kereta Api

KTMB Beri Penjelasan Tentang Penganjuran Pinkfish Festival Dalam Kereta Api

KTMB menjelaskan kereta api yang disewa itu membuat perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah bagi meraikan ulang tahun Pinkfish Festival.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penganjuran acara hiburan oleh pihak Pinkfish Express di Kuala Lumpur dalam sebuah gerabak kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menjadi isu dalam kalangan masyarakat sejak belakangan ini.

Dalam keterujaan pesta hiburan berkenaan yang dilakukan pada Khamis lalu (16 Mei), wujud sesetengah pihak yang kurang senang dengan perkara tersebut termasuklah Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari.

Fadhli berpendapat acara tersebut melampaui batas, tidak mencerminkan nilai kesopanan dan secara tidak langsung boleh mencemarkan imej KTMB, lapor The Star.

“Alasan seperti menjana pendapatan tidak boleh diterima dan akan dilihat bertentangan dengan falsafah Malaysia Madani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Fadhli.

Beliau turut menimbulkan keraguan tentang bagaimana pesta berkenaan mendapat kelulusan daripada pihak terlibat.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari. (Sumber: Facebook Fadhil Shaari)

Ini Pula Penjelasan Dari Pihak KTMB

Susulan tularnya penganjuran Pinkfish Express di dalam gerabak kereta api, pihak KTMB tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan keadaan.

Memetik laporan Harian Metro, KTMB menjelaskan kereta api yang disewa itu membuat perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah bagi meraikan ulang tahun Pinkfish Festival.

Sumber: Instagram @pinkfishfestival

Jelasnya lagi, pihak penganjur yang mengambil tren sewaan khas (Charter Train) itu mematuhi syarat ditetapkan oleh pihak KTMB.

KTMB telah menetapkan syarat-syarat seperti larangan merokok, alkohol, penggunaan dadah dan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar undang-undang dan ia telah dipersetujui dan dipatuhi oleh pelanggan kami.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

KTMB Hanya Sediakan Perkhidmatan Tren, Akan Tambah Baik Garis Panduan Tren Sewaan

Pihak KTMB memberitahu bahawa mereka hanya berkhidmat sebagai penyedia tren manakala aktiviti yang diaturkan itu ditentukan oleh pelanggan yang menyewanya.

Peranan KTMB adalah sebagai penyedia perkhidmatan di mana kami menyediakan keseluruhan tren dan koc-koc mengikut permintaan pelanggan dan aktiviti yang direncana ditentukan sendiri oleh pihak pelanggan mengikut garis panduan dan terma-terma yang telah ditetapkan.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Berikutan kontroversi yang berlaku melibatkan penganjuran pesta hiburan itu, KTMB akan menambah baik dan meperhaluskan lagi garis panduan dalam tren sewaan khas bagi menjaga kepentingan awam dan syarikat mereka pada masa akan datang.


Apa Itu Sewaan Tren Khas?

Sumber: KTMB

Sebagai info, KTMB telah memperkenalkan perkhidmatan ‘Charter Train‘ sejak September 2021 kepada mana-mana pihak yang mahu membuat sewaan tren khas.

“Perkhidmatan ini mendapat sambutan menggalakkan dan pernah disewa khas oleh pihak-pihak kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dari dalam dan luar negara serta persatuan-persatuan,” kata KTMB.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd