Now Reading
Kenapa Lagu Viral Asyik Melekat Dalam Kepala? Ini Penjelasan PHM

Kenapa Lagu Viral Asyik Melekat Dalam Kepala? Ini Penjelasan PHM

Keadaan apabila sesebuah lagu asyik terngiang-ngiang dalam fikiran seseorang dipanggil sebagai Earworms.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lebih kurang dua minggu sahaja lagi, umat beragama Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa.

Malah di corong radio dan pusat beli-belah sudah banyak lagu hari raya yang sudah didendangkan baik lagu lama mahupun lagu baru yang lirik dan iramanya lebih ‘catchy’.

Namun begitu, ramai di antara kita yang sedang berdepan dengan masalah apabila lagu tersebut atau irama yang trending di media sosial asyik terngiang-ngiang di fikiran.

Situasi tersebut bukanlah satu perkara asing, bahkan rata-rata dari kalangan kita pasti pernah mengalaminya.


Apa Itu Earworms?

Bagi memperjelaskan masalah tersebut, Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di laman X (Twitter @health_malaysia) berkata situasi tersebut dikenali sebagai Earworms (cacing telinga).

Jelas PHM, Earworms adalah keadaan di mana lagu yang tidak ingin didengari berulang di kepala anda.

Walaupun rata-rata individu tidak mengalami sebarang masalah daripada situasi itu, namun tidak dapat dinafikan ia sedikit menggangu dan boleh menyebabkan anda kurang fokus.

Sumber: Pexels

Memetik Hello Sehat, satu kajian yang dijalankan oleh seorang pakar dari Amerika sebelum ini mendedahkan bahawa 15% daripada pelajarnya bersetuju Earworms datang daripada jingle (lagu) sesuatu iklan manakala 11% yang lain berpendapat ia dari lagu instrumental.


Tempoh Biasa Earworms Tak Lebih 30 Minit

Satu portal kesihatan WebMD, menjelaskan bahawa satu daripada lima orang telah mengalami Earworms lebih daripada sekali sehari. Manakala tempoh biasa Earworms berlaku adalah sekitar 10 hingga 30 minit.

Satu kajian lain yang dijalankan sebelum ini juga mendapati Earworms berkemungkinan tahan lebih lama dan sukar dikawal jika anda menggemari muzik sesebuah lagu. Dalam kes cacing telinga ini, golongan wanita lebih cenderung untuk mengalaminya berbanding kaum Adam.


Tips Elak Situasi Earworms

Buat mereka yang sedang berdepan dengan situasi ini, usah risau. Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi menghentikan Earworms. Antaranya:

  • Menikmati keseluruhan lagu agar dapat menyingkirkan rangkap yang ‘terperangkap’ dalam fikiran anda.
  • Mengamalkan zikir.
  • Fikir atau dengarkan lagu lain.
  • Cuba untuk mengabaikannya sehingga ia lenyap dari minda.
  • Sibukkan diri dalam melakukan sesuatu perkara.

Adakah Earworms Berbahaya?

Menurut PHM, kadangkala situasi itu akan menyebabkan masalah lain seperti gangguan obsesif-kompulsif (OCD), sindrom psikotik, sakit kepala, migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis.

Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes Earworms adalah tidak tidak serius. Malah bermungkinan sebahagian daripada proses kreatif otak anda.


Earworms Perlu Dapatkan Rawatan Atau Tidak?

Tambah PHM, situasi Earworms yang berterusan iaitu melebihi 24 jam berkemungkinan disebabkan oleh pelbagai penyakit lebih serius yang mampu memudaratkan kesihatan.

Sekiranya ia berlanjutan, maka anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari pakar.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd