Now Reading
Qushayry Dakwa Hanya Berlakon Jadi Pembantu DSV. Ini Pula Respon Vida

Qushayry Dakwa Hanya Berlakon Jadi Pembantu DSV. Ini Pula Respon Vida

DSV menafikan dakwaan Qushayry yang mengatakan bahawa dia cuma berlakon sebagai pembantu peribadi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak awal tahun ini, nama usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) menjadi perbualan hangat orang ramai selepas mempunyai isu bersama bekas pembantu peribadinya yang juga merupakan bekas teman lelaki iaitu Iqbal.

Pada hujung Februari lalu, DSV telah menerima pengganti sebagai seorang pembantu peribadi (PA) baharu dikenali sebagai Qushayry atau Abang Qu.

Usahawan itu dikatakan menawarkan gaji sebanyak RM10,000 sebulan bagi menggantikan PA yang lama.

BACA JUGA: Vida Jumpa ‘Pendamping’ Baharu, Dedah Bayar Gaji RM10,000 Sebulan

Sumber: Instagram datoserivida

PA baru katanya cuma lakonan?

Menerusi beberapa rakaman video dimuat naik di akaun TikTok (fanss.iqbaldsv), Qushayry mendedahkan perkara sebenar melalui IG Live tentang dia dan DSV.

Qushayry menjelaskan bahawa dia sebenarnya hanya berpura-pura menjadi PA DSV selama ini.

https://www.tiktok.com/@fanss.iqbaldsv/video/7087914336873712923?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Walaupun hanya lakonan semata-mata, Qushayry agak serabut apabila dia terpaksa menjalankan tugas sebagai PA sebenar.

Dalam IG Live tersebut, Qushayry menceritakan bahawa dia tidak lagi berkolaborasi dengan usahawan kosmetik itu kerana masih belum menerima apa-apa surat tawaran pekerjaan secara formal.

Disebabkan itu, Qushayry mengambil keputusan untuk menamatkan ‘kolaborasi’ bersama DSV, dan bukannya dianggap sebagai berhenti kerja.

https://www.tiktok.com/@fanss.iqbaldsv/video/7087905556777749787?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Berdasarkan pengalaman yang dilaluinya, Qushayry menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan surat tawaran bekerja dari syarikat terlebih dahulu sebagai bukti perjanjian sebelum mula bertugas.

Ini pula respon dari Vida

Selepas pendedahan yang dibongkarkan oleh Qushayry, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Menurut laporan, Vida sebelum ini dikatakan hanya berhasrat mengambil Qushayry untuk berlakon dalam muzik video lagunya bertajuk ‘Ku Ikhlaskan’.

Sumber: Instagram datoserivida

Kemudian, pihak mereka bercadang untuk mengambil Qushayry sebagai pekerja dan sedang dalam proses bagi mencapai persetujuan sebelum mengeluarkan surat tawaran rasmi.

Pada asalnya saya nak cari talent sahaja untuk muzik video ‘Ku Ikhlaskan’ kerana dia mempunyai ciri-ciri yang sesuai. Berkenaan PA pula, kami perlu menyemak beberapa kali dahulu sebelum mengeluarkan surat tawaran tersebut.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV).

Dalam masa yang sama, Vida turut mempersoalkan tindakan Qushayry yang dilihat sengaja mencipta kontroversi dan ingin meraih popular serta pengikut di laman media sosial.

Baru sebulan siapkan muzik video. Saya pun tak tahu kenapa dia berkelakuan seperti itu. Mungkin nak elak beri komitmen dan ingin menambah view di media sosial.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV).

Vida juga menafikan isu yang tular tentang dirinya itu dan mendakwa ianya sengaja direka cerita untuk menghangatkan keadaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd