Now Reading
Vida Jumpa ‘Pendamping’ Baharu, Dedah Bayar Gaji RM10,000 Sebulan

Vida Jumpa ‘Pendamping’ Baharu, Dedah Bayar Gaji RM10,000 Sebulan

DSV kata PA baharu dia ini pemalu orangnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sejak kebelakangan ini sering menjadi buah mulut orang ramai apabila dia dilihat terpalit dengan beberapa kontroversi bersama bekas PA (merangkap bekas teman lelaki), Iqbal atau nama sebenar Ahmad Iqbal Zulkefli.

Malah, pada awal Januari lalu apabila Iqbal meluahkan hasrat untuk menaja satu program realiti kegemaran ramai iaitu Gegar Vaganza, perkara tersebut telah mencetuskan pertelingkahan antara dirinya dan juga Vida.

Kecoh jugalah apabila kedua-dua mereka ini sama ‘naik sheikh’.


Vida berjaya gantikan Iqbal.

Menerusi satu perkongsian di Instagram (datoserivida) beberapa jam yang lalu, dia menyatakan bahawa sudah berjaya melantik ‘pendamping’ baharu. Malah, usahawan kosmetik itu turut memberitahu dia akan membayar PA barunya itu dengan gaji RM10,000 sebulan bagi menggantikan PA yang lama.

RM10,000?!

Siapakah agaknya gerangan jejaka yang bakal memegang jawatan PA DSV ini?

Bismillah, PA baru saya (Abang Qu). Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah…semua hebat hebat.. PA baru saya ni @abgqu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah. Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki (Hadiah) dari saya? Tiber haha. InsyaAllah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kpd semua orang.

DSV.

Vida turut memberikan sedikit pesanan ringkas buat PA baharunya yang dikenali sebagai Qushayry atau Abang Qu itu di mana dia diminta untuk bekerja dengan baik, dikasihi team QuPuteh dan juga meneruskan semangat untuk bersama-sama memberi manfaat kepada semua.

Oh! Kalau anda kaki TikTok dan sukakan konten-konten yang dikeluarkan menerusi aplikasi tersebut, mungkin segelintir daripada anda perasan siapa sebenarnya Qushayry ini?

Jejaka ini dikatakan pengguna tegar TikTok dan memiliki sejumlah 402,000 pengikut dan 5.1 juta tanda suka.

Bukan main juga konten-konten yang dikeluarkan.

Tak percaya, cubalah tengok sendiri di (qushayry11).

@qushayry11 RM50 + Kulit Glossy #fyp #tiktokguru ♬ original sound – Qush

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd