Now Reading
Busana Datuk Vida Untuk BEHATI Di KL Fashion Week 2023 (KLFW23) Jadi Tumpuan Ramai

Busana Datuk Vida Untuk BEHATI Di KL Fashion Week 2023 (KLFW23) Jadi Tumpuan Ramai

Konsep BEHATI untuk Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) pada tahun ini adalah ‘Pahlawan’ dengan warna putih, hitam dan kelabu.

KLFW2023 datuk vida BEHATI

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada hari ketiga (23 Ogos) Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2023 atau Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) yang diadakan di Shangri-La Kuala Lumpur, antara pereka fesyen yang menjadi tumpuan ramai adalah BEHATI.

Sumber: KLFW2023
Sumber: KLFW2023

BEHATI untuk KLFW2023 pada tahun ini tampil dengan konsep ‘Pahlawan’ dengan menjadikan tanjak sebagai hiasan utama menggunakan warna hitam, kelabu dan putih dalam rekaan fesyen kali ini.

Sumber: KLFW2023
Sumber: KLFW2023
Sumber: TRP
Sumber: TRP

Bagi pertunjukan fesyen BEHATI di KLFW2023, suasana unik ditonjolkan apabila model menggayakan busana berkonsepkan tanjak diiringi dendangan lagu Melayu klasik.

Antara pakaian yang mencuri perhatian di pertunjukan fesyen BEHATI di KLFW2023 adalah baju berwarna kelabu yang seolah-olah kelihatan seperti kertas aluminium.

Sumber: KLFW2023
Sumber: TRP
Sumber: KLFW2023

Pelakon Sharifah Sakinah turut menjadi model yang memperagakan pakaian daripada BEHATI dan kelihatan sungguh beryakinan dan elegan.

Sumber: KLFW2023
Sumber: TRP

Penampilan Datuk Seri Vida Di Pertunjukan BEHATI Sempena KLFW2023 Raih Tumpuan

BEHATI memang dikenali dengan fesyen yang unik dan lain daripada yang lain.

Antara tetamu yang menhadiri pertunjukan fesyen BEHATI di KLFW2023 adalah usahawan wanita Datuk Seri Vida atau nama sebenar Datuk Seri Hasmiza Othman.

Busana yang dikenakan oleh Datuk Vida kelihatan sungguh berbeza dan ‘kena’ dengan konsep BEHATI. ‘Versatil’ sungguh ya!

Sumber: KLFW2023
Sumber: TRP

Namun ada juga netizen yang menyifatkan gaya pakaian Vida seperti disaluti aluminium foil. Tidak kurang juga yang menggelarkan fesyen itu seperti angkasawan.

Sumber: KLFW2023

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada pengasas BEHATI iaitu Kel Wen atas persembahan fesyen yang cukup menarik bagi KLFW2023 pada kali ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd