“Kalah Aina Abdul” – Busana Azfar Heri Di KLFA 2023 Buat Netizen Terhibur
Azfar Heri telah memperagakan baju saiz gergasi busana Behati di Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2023.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (30 November), acara Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) telah diadakan di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur bagi memberikan penghargaan pereka fesyen tanah air.
Kalau anda nak tahu, KLFA ini adalah anjuran dari pihak yang sama seperti Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).
Menerusi hantaran di laman Instagram (@klfashionweek), sebanyak 17 kategori anugerah dipertandingkan bagi menghargai prestasi cemerlang para pereka fesyen.
Azfar Heri Peragakan Busana Kemeja Putih & Tali Leher Merah Saiz Besar
Semasa majlis itu berlangsung, content creator dan influencer terkenal Malaysia iaitu Azfar Heri telah menjadi model untuk memperagakan busana milik Behati di KLFA.
Untuk info, Behati telah memenangi kategori anugerah Fashion Most Influencial pada malam semalam.
Menerusi perkongsian video Azfar di media sosialnya, dia dilihat telah menyarungkan kemeja berwarna putih bersama tali leher merah yang dipanggil sebagai Life-Size Shirt.
Walaupun ia kedengaran seperti pakaian biasa, tetapi baju yang dipakai itu sangat lain daripada lain kerana ia bersaiz gergasi.
Oleh kerana baju itu bersaiz besar, dia terpaksa diapit oleh beberapa orang petugas untuk membantunya berjalan di sekitar majlis.

Netizen Terhibur Lihat Busana Azfar Heri Yang Luar Biasa
Seperti biasa, para netizen tidak terlepas memberikan komen mencuit hati selepas melihat baju diperagakan oleh Azfar itu.
Malah, rata-rata warganet juga dilihat terhibur melihat telatah Azfar dalam perkongsian berkenaan.
Ada juga netizen yang telah membandingkannya dengan juara Anugerah Juara Lagu ke-37, Aina Abdul yang sering memakai baju unik dan pelik di mana-mana acara.
“Aina Abdul is shaking,” ujar seorang lelaki.
Bukan sahaja dengan Aina Abdul malah turut dibandingkan dengan penyanyi Hollywood Lady Gaga yang terkenal dengan idea kreatif menyerlahkan baju luar biasa.
“Macam one of costume Lady Gaga,” ujar seorang netizen.
Selain itu, ada juga yang berkata saiz baju besar itu mampu menyelimutkan dirinya ketika berada dalam kesejukan.
“Point of view: Bila Azfarheri perlukan katil dan selimut di event pada musim tengkujuh,” jelas seorang wanita.

Baca Artikel Berkaitan: Busana Datuk Vida Untuk BEHATI Di KL Fashion Week 2023 (KLFW23) Jadi Tumpuan Ramai
Baca Artikel Berkaitan: KL Fashion Week 2023 (KLFW2023) Gegarkan Tahun Ke-11 Dengan Revolusi Fesyen Di 7 Lokasi Berbeza
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram