KL Fashion Week 2023 (KLFW2023) Gegarkan Tahun Ke-11 Dengan Revolusi Fesyen Di 7 Lokasi Berbeza
Antara lokasi Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) pada tahun ini adalah Naza Tower, Boathouse dan Platinum Park.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Berbekalkan konsep baharu yang lebih segar, Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2023 atau Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) kembali untuk tahun ke-11 pada 2023 dengan menawarkan pengalaman lebih mengujakan dalam bidang fesyen.
Bermula dari 21 sehingga 27 Ogos 2023, seramai 50 pereka fesyen dan jenama bersedia untuk mempamerkan koleksi sedia dipakai (ready-to-wear) mereka di tujuh lokasi berbeza sepanjang tujuh hari pertunjukan fesyen ini berlangsung.


Antara pereka yang bakal membuat penampilan pertama mereka di KLFW2023 adalah:
- Fairuz Ramdan
- Andy Sulaiman
- Ezzati Amira
- ZaimiZulkafli
- Supercrew
Pertunjukan pembukaan KLFW 2023 akan mempamerkan lapan pereka yang diketengahkan daripada Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (MODA) bagi meraikan sokongan KLFW terhadap organisasi dan lembaran baharu mereka.



Menurut Pengasas KLFW iaitu Andrew Tan, penganjuran acara ini sejak tahun 2013 tidak putus-putus menerima sokongan daripada pelbagai pereka fesyen, pihak penaja dan komuniti fesyen tempatan.
Untuk KLFW2023, visi kami adalah untuk mengurangkan sebarang perkara negatif dan mahu memastikan tumpuan kekal pada reka bentuk, kreativiti serta kemahuan untuk memajukan bidang fesyen.
Pengasas KLFW iaitu Andrew Tan.



Antara Syarikat Penaja KL Fashion Week 2023
Pada tahun ini, pelbagai pihak yang telah berkerjasama dengan KLFW bagi menaja antara acara fesyen paling istimewa di Malaysia. Antara penaja-penajanya adalah:
- AmBank Group
- L’Oréal
- NX Holdings Berhad
- MOCCONA
- Watsons
- Colgate
- AirAsia Ride
- Santan
- Steve Maddin
- Isetan Kuala Lumpur
- Vida
- Laurastar
- GHD
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir menjelaskan tahun ini merupakan tahun ketiga mereka dalam berkerjasama dalam bidang kewangan bagi menjayakan acara KL Fashion Week.




Dalam pada itu, Pengurus Besar CPD MYSG L’Oréa, Ankit Porwal turut menyatakan bahawa KLFW dilihat mampu mencapai visi mereka untuk bukan sahaja mengetengahkan bidang fesyen, tetapi ia seiring dengan mesej berkesan kepada para wanita untuk tampil lebih yakin.
NX Holdings Berhad merekodkan tahun pertama mereka berkerjasama dalam acara ini manakala jenama kopi MOCCONA pula mencatatkan tahun kedua mereka bersama KLFW.


Konsep terbaharu KLFW2023 juga adalah dari segi pelbagai lokasi yang dipilih seperti:
- Sofitel Kuala Lumpur Damansara
- Parkroyal Collection Kuala Lumpur
- Shangri-La Kuala Lumpur
- Naza Tower
- Platinum Park
- Aloft Kuala Lumpur Sentral
- Boathouse
- InterContinental Kuala Lumpur
FashionConnect.23 Dan Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) Buat Kemunculan Semula
Antara pihak yang kembali membuat kemunculan pada tahun ini adalah FashionConnect.23 serta Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA).


Fashion Connect adalah acara pendidikan yang direka untuk meningkatkan keseluruhan rantaian bekalan industri fesyen dengan mewujudkan ekosistem yang mampan dan progresif.
Dipersembahkan oleh Kumpulan AmBank, acara itu menawarkan pelbagai pengalaman yang menarik dan merangsang pemikiran dengan reka bentuk serta tokoh budaya.

Dalam forum sulungnya pada tahun 2022, ahli panel utama termasuklah pereka fesyen Kit Woo, Nurita Harith dan Rizman Nordin bersama-sama syarikat utama lain dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kumpulan AmBank, Maxis dan Capital A.
Pertama kali diadakan pada 2021, anugerah yang diadakan itu telah dihadiri oleh 150 orang tetamu bagi menyaksikan penyampaian 14 anugerah terhormat.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.