Mimpikita Tampil Pertama Kali Dengan Koleksi Pakaian Lelaki Di KLFW2023 Selepas 15 Tahun
Mimpikita memperkenalkan koleksi terbaharu iaitu ‘The Kitaverse Spring/Summer 2024’ dengan penampilan sulung untuk pakaian lelaki selepas 15 tahun penubuhan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mimpikita merupakan antara jenama pakaian tempatan yang terkenal dengan gaya moden serta elegan untuk golongan wanita.
Pada hari keempat (24 Ogos) Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) yang diadakan di Naza Tower, Mimpikita turut menjadi salah satu jenama yang mempersembahkan koleksi pakaian terbaharu mereka.
Sempena tahun ke-11 terlibat dalam KL Fashion Week (KLFW), Mimpikita telah berkolaborasi bersama salah satu pihak penaja acara ini iaitu jenama kopi Moccona.

Mimpikita Rai Tahun Ke-15 Dengan Perkenalkan Pakaian Untuk Golongan Lelaki
2023 menjadi detik bersejarah buat jenama Mimpikita kerana meraikan ulang tahun ke-15 pada tahun ini.
Sempena ulang tahun tersebut, Mimpikita memperkenalkan koleksi terbaharu mereka yang diberi nama ‘The Kitaverse Spring/Summer 2024’.

Istimewanya koleksi ‘The Kitaverse Spring/Summer 2024’ ini adalah apabila ia juga tampil dengan pakaian untuk golongan lelaki.
Akhirnya selepas 15 tahun, Mimpikita tampil dengan pakaian untuk golongan lelaki!




Berikut adalah sekitar pertunjukan fesyen untuk jenama Mimpikita di KLFW2023.
Kapsul ‘The Kitaverse Spring/Summer 2024’ Di Bangsar Village 2
Kepada anda yang berminat untuk melihat sendiri koleksi ini, Mimpikita akan membuka ‘kapsul’ bertempat di Bangsar Village 2.
Koleksi ‘The Kitaverse Spring/Summer 2024’ akan berada di lokasi tersebut bermula esok iaitu 26 Ogos (Sabtu) sehingga 10 September 2023 (Ahad).
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.