Now Reading
Caj Makan Satu Keluarga Cecah RM1,260 Di Medan Selera, Isteri Mawi Luah Rasa Terkejut

Caj Makan Satu Keluarga Cecah RM1,260 Di Medan Selera, Isteri Mawi Luah Rasa Terkejut

Isteri Mawi bersama keluarganya telah dikenakan bayaran sejumlah RM1,260 setelah menikmati hidangan makanan laut di medan selera sekitar Johor Bahru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sekali-sekala dapat menikmati juadah di restoran memang seronok. Lebih-lebih kalau pergi dengan keluarga tercinta.

Namun disebabkan kos barangan semakin meningkat di Malaysia, pasti ramai di antara anda yang akan membuat semakan dahulu sama ada kedai makan yang ingin dikunjungi itu menawarkan bayaran berpatutan atau tidak.

Inilah yang terjadi kepada Ekin Rahmat sekeluarga apabila mereka dikenakan bayaran yang tidak masuk akal di sebuah kedai makan sekitar Johor Bahru.


Isteri Mawi Terkejut Caj Bayaran Makan Di Sebuah Gerai Cecah RM1,200

Baru-baru ini, tular satu perkongsian oleh isteri kepada penyanyi Mawi di akaun Instagram (@ekinmawi_cahaya) di mana dia membuat aduan apabila telah dikenakan caj bayaran yang mahal iaitu sebanyak RM1,260.

Kejadian difahamkan berlaku di salah sebuah gerai makanan laut di Medan Selera Tepian Tebrau, Johor Bahru.

Dia bersama keluarga yang pertama kali singgah makan di gerai tersebut berasa terkejut apabila bayaran keseluruhan dikenakan terlampau tinggi.

Menurut laporan Berita Harian, Ekin hanya memesan dua ekor ikan yang bersaiz sederhana dan beberapa menu makanan laut di kedai terbabit.

Dia juga sempat bertanya kepada pengikutnya sama ada bayaran yang dikenakan itu adalah normal atau tidak.

Sumber: Instagram (@ekinmawi_cahaya)

KPDN Sedang Siasat Isu Caj Bayaran Makan Yang Tinggi Di Medan Selera Tepian Tebrau

Menyedari isu yang sedang tular di media sosial, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor (KPDN) kini sedang meneliti dakwaan terhadap sebuah gerai tepi jalan di Tepian Tebrau yang mengenakan bayaran melebihi RM1,200 kepada seorang pelanggan mereka.

Pengarah KPDN Lilis Saslinda Pornomo berkata, pemilik restoran itu boleh dikenakan notis kompaun sekiranya tidak mempamerkan harga makanan di kedai makan tersebut.

“Ia juga melanggar peraturan sekiranya harga yang dipaparkan berbeza dengan harga yang dikenakan,” tambah beliau.

Notis bakal dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sekiranya caj yang dikenakan kepada pelanggan adalah lebih mahal berbanding harga yang ditunjukkan.

Tambah beliau, individu yang didapati bersalah di bawah Akta berkenaan boleh didakwa di mahkamah dengan denda sehingga RM100,000, penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Sekiranya kesalahan sama berulang, denda boleh mencecah sehingga RM250,000, penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Susulan kes itu, Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Noorazam Osman berkata pihak majlis bandaraya boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik restoran berdasarkan cadangan KPDN.

Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Di Langkawi RM4?!

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Merungut Caj Bayaran Tukang Elektrik Mahal, Siap Bandingkan Harga Wayar Cuma RM15

Baca Artikel Berkaitan: 2 Mangkuk Yong Tau Foo Di Medan Selera Cecah RM94, Wanita Luah Rasa Terkejut

Sumber: The Star | Instagram (@ekinmawi_cahaya) | Berita Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd