Now Reading
Roti Canai Di Langkawi RM4?!

Roti Canai Di Langkawi RM4?!

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah Mohamad Yusrizal Yusoff berkata bahawa aduan itu dibuat terhadap sebuah gerai di tepi jalan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dari sayur-sayuran, ayam, hingga roti – banyak harga barangan keperluan dilihat telah naik harga sejak kebelakangan ini.

Tetapi nampaknya, tiada yang lebih kontroversi berbanding dengan apa yang berlaku di Langkawi.

Pulau Langkawi dikenali sebagai salah satu destinasi bajet terbaik di Asia kerana status bebas cukainya.

Bagaimanapun, pelancong di pulau bebas cukai itu terkejut apabila terpaksa membayar RM4 untuk sekeping roti canai biasa baru-baru ini.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Kuali.com)

Memetik laporan Utusan, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah Mohamad Yusrizal Yusoff berkata bahawa aduan itu dibuat terhadap sebuah gerai di tepi jalan.

Walaupun kita sedia maklum harga barangan dan bahan mentah mahal sekarang namun harga yang dikenakan pemilik gerai berkenaan tidak masuk akal.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah Mohamad Yusrizal Yusoff menerusi Utusan.

Isu ini sering berlaku di Langkawi ketika musim cuti

Kredit: @neiltoo/flickr @bernardspragg/flickr

Menurut Yusrizal, isu peniaga mengenakan caj makanan mahal ke atas pelancong telah lama berlaku di pulau peranginan itu terutama ketika musim cuti.

BACA SINI: Pelanggan Terkejut Harga Ikan Siakap Di Langkawi Berharga RM1,196.80

Dari dulu peniaga makanan di Langkawi ini akan menjual harga mahal jika tiba musim kemasukan pelancong dan ia kembali disoalkan setelah pembukaan gelombang pelancongan September lalu.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah Mohamad Yusrizal Yusoff menerusi Utusan.

Oleh disebabkan isu tersebut, pihaknya meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah supaya kerap membuat pemeriksaan di premis dan gerai makanan yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan terlalu tinggi.

BACA LANJUT: Peniaga Siakap Viral Bakal Dihadap Ke Mahkamah Lepas Gagal Tunjuk Dokumen

Sejak dua minggu lalu, lebih 100 aduan pengguna diterima berkaitan kenaikan harga makanan dan bahan mentah di negeri ini.

Kami nasihatkan peniaga makanan tidak mengenakan harga membebankan pengguna selain meletakkan tanda harga supaya pengguna dapat membuat pilihan sebelum memesan makanan

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah Mohamad Yusrizal Yusoff menerusi Utusan.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd