Now Reading
Pelanggan Merungut Caj Bayaran Tukang Elektrik Mahal, Siap Bandingkan Harga Wayar Cuma RM15

Pelanggan Merungut Caj Bayaran Tukang Elektrik Mahal, Siap Bandingkan Harga Wayar Cuma RM15

Pelanggan berkenaan merungut apabila dia terpaksa membayar caj keseluruhan RM70 kepada tukang elektrik yang hanya membaiki kerosakan menggunakan wayar sensor berharga dalam lingkungan RM15 sahaja.

Pelanggan Merungut Caj Bayar Tukang Elektrik Mahal, Siap Bandingkan Harga Wayar Cuma RM15 (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap kali berlaku apa-apa kerosakan di rumah melibatkan paip, elektrik, bumbung bocor dan sebagainya, kebanyakan individu akan mencari seseorang berkemahiran untuk membaikinya.

Kalau anda ada ilmu untuk buat sendiri, lagi bagus. Boleh jimat duit. Tapi jika tiada ‘skill’ untuk membaikinya, lebih baik panggil orang yang lebih berpengalaman.

Risau kalau buat sendiri, makin teruk pula kerosakan yang ada.


Wanita Mengadu Caj Bayaran Tukang Elektrik Agak Mahal Jika Dibandingkan Dengan Harga Wayar Yang Cuma RM15

Namun, lain pula reaksi dari seorang pelanggan ini selepas dia mengeluh perlu membayar tukang elektrik yang datang membaiki kerosakan di rumahnya.

Menerusi ciapan dimuat naik di laman Twitter (@fzzzzan), lelaki ini berkongsi tangkap layar perbualan antara seorang tukang elektrik dan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Dalam perbualan itu, pelanggan berkenaan merungut apabila dia terpaksa membayar caj RM70 kepada tukang elektrik yang hanya membaiki kerosakan menggunakan wayar sensor berharga dalam lingkungan RM15 sahaja.

Bukan itu sahaja, dia juga membandingkan caj bayaran melibatkan tukang elektrik lain yang jauh lebih murah.

Tukar sensor tu tak sampai 3 minit you cas RM70. Saya tengok dalam Shopee wayar ni RM15 je. Subhanallah. Sebelum ni tukang dari Jeli (Kelantan) mari buat lagu tu juga. Dia cas RM20 jah.

Pelanggan.

Selepas mendengar rungutan pelanggan tersebut, tukang elektrik berkenaan memberi penjelasan tentang caj bayaran itu melibatkan usahanya dan ilmu untuk membaiki.

Malah, dia juga menyuruh pelanggan tersebut untuk membaiki kerosakan itu sendiri sekiranya hanya mahu mengeluarkan kos RM15 dengan membeli sendiri wayar berkenaan di Shopee.

Cerita troubleshoot ni dia bukan macam tu. Tak kisah RM15 atau RM5. Itu harga barang. Effort dan ilmu untuk buat keputusan apa yang perlu ditukar ada nilai harga. Kalau dah Shopee RM15, akak beli dan tukar sendiri je tak ada perlu panggil tukang.

Tukang elektrik.

Di akhir perbualan mereka, pelanggan itu berkata dia akan membayar caj yang dikenakan tetapi ia ditolak oleh tukang elektrik tersebut dan meminta wanita itu hanya mendoakan agar dia dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur.


Ramai Tak Setuju Dengan Cara Pelanggan Tersebut Pertikai Harga Caj Bayaran Untuk Tukang Elektrik

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen di media sosial dan rata-ratanya kurang bersetuju dengan cara pelanggan berkenaan mempertikaikan kos bayaran kepada tukang elektrik.

Mereka berpendapat kemahiran dan juga kepakaran yang dimiliki oleh seseorang juga mempunyai nilai harga tersendiri. Senang kata, harga barang serta kemahiran itu berbeza dan tidak boleh disamakan.

Pada masa sama, ada juga yang memuji cara tukang elektrik itu membalas aduan pelanggan dengan cara yang sopan dan terkawal meskipun harga servis yang ditawarkannya dibandingkan dengan individu lain.

Ada juga yang meminta agar pelanggan tersebut memasang wayar tersebut sendiri tanpa perlu memanggil mana-mana tukang elektrik jika tidak mahu mengeluarkan kos yang banyak.

Beberapa netizen lain juga berkongsi pengalaman sama apabila pelanggan mereka mempertikaikan caj bayaran yang dikenakan selepas berkhidmat melakukan sesuatu.


Cara Mudah Untuk Membaiki Masalah Air Menitis Di Paip

Dengan adanya Internet pada zaman teknologi ini, terdapat pelbagai jenis kemahiran DIY yang anda boleh pelajari secara atas talian untuk membaiki sesuatu kerosakan.

Jika anda tengah ‘poket kering’ hujung bulan dan tiba-tiba paip di sinki dapur atau tandas buat hal, boleh cuba tengok YouTube atau platform lain untuk mendapatkan ilmu.

Sumber: Twitter @hadifwalid

Kepada anda yang sedang mengalami masalah sinki anda sering menitis walaupun sudah ditutup sepenuhnya, berikut adalah cara-cara mudah untuk membaikinya.

  1. Tutup punca air bagi mengelakkan air tersembur keluar ketika skru dibuka dari paip.
  2. Buka kepala paip menggunakan skru mata leper.
  3. Mengeluarkan skru menggunakan pemutar skru bermata Phillip.
  4. Membersihkan tiga alat penting dari dalam injap atau boleh menggantikannya jika berlaku kerosakan.
  5. Memasukkan semula tiga alat tersebut ke dalam ruangan injap sebelum digantikan atau dibersihkan.
  6. Memasang semula kepala paip dengan betul.
  7. SIAP!

Benda boleh belajar, apa salahnya kalau kita cuba baiki sendiri kan? Tapi kalau masalah masih tidak boleh diselesaikan, lebih baik panggil tukang paip sebelum ia menjadi semakin besar.

BACA JUGA: Air Menitis Walaupun Dah Tutup Rapat, Ini 6 Cara Mudah Untuk Baiki Sendiri

BACA JUGA: Gas Di Rumah Tiba-tiba Habis? Ini Bahan Yang Anda Boleh Guna Untuk Buat Gas DIY

BACA JUGA: Tawar Bajet RM120, Pelanggan Terkejut Juruteknik Nak Pasang Aircond Pada Satu Sisi Je


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd