Air Menitis Walaupun Dah Tutup Rapat, Ini 6 Cara Mudah Untuk Baiki Sendiri
Masalah air menitis ini boleh berlaku apabila terlalu banyak keladak berkumpul dan tersekat di dalam injap (valve) paip.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pernah tak anda mengalami masalah melibatkan sinki di rumah? Tiba-tiba bocor, tersumbat dan sebagainya.
Setiap kali masalah seperti ini terjadi, langkah mudah yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah dengan memanggil tukang paip untuk datang membaikinya.
Tapi kalau setiap kali masalah ini berlaku dan perlu memanggil tukang paip, banyak juga duit yang terpaksa digunakan.
6 Langkah Mudah Untuk Perbaiki Masalah Paip Yang Kerap Menitiskan Air
Kadangkala masalah yang timbul itu sedikit sahaja dan boleh dibaiki sendiri, cumanya kita kurang pengetahuan.
Bagi mengatasi masalah ini, seorang pengguna Twitter (@hadifwalid) berkongsi beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan sekiranya sinki anda sering menitis walaupun sudah ditutup sepenuhnya.
Caranya seperti berikut:
1. Cara Untuk Perbaiki Masalah Air Menitis Di Paip: Tutup Punca Air
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menutup punca air bagi mengelakkan air tersembur keluar ketika skru dibuka dari paip.

2. Cara Untuk Perbaiki Masalah Air Menitis Di Paip: Buka Kepala Paip
Proses untuk membuka kepala paip boleh dilakukan dengan menggunakan skru mata leper.

3. Cara Untuk Perbaiki Masalah Air Menitis Di Paip: Mengeluarkan Skru Menggunakan Pemutar Skru Bermata Phillip
Selepas selesai mengeluarkan kepala paip, gunakan pemutar skru bermata Phillip pula untuk mengeluarkan skru. Kalau anda tiada alat yang bersesuaian, boleh juga memusingkannya mengikut arah lawan jam untuk mengeluarkan injap (valve) di dalamnya.

4. Cara Untuk Perbaiki Masalah Air Menitis Di Paip: Simpan Elok-elok Tiga Alat Penting Dari Dalam Injap
Apabila sudah mengeluarkan injap tersebut, akan ada tiga barang di dalamnya dan menjadi punca kepada masalah air yang selalu menitis.
Masalah tersebut boleh berlaku kerana terdapat banyak keladak yang tersekat di antara alatan injap ini sehingga menyebabkan ia tersekat.
Jadi, anda perlu menggantikan injap ini atau hanya mencucinya sehingga bersih semula.

5. Cara Untuk Perbaiki Masalah Air Menitis Di Paip: Memasukkan Semula Barang Di Dalam Ruangan Injap
Selepas selesai proses mengganti atau mencuci injap tersebut, anda perlu memasukkan semula segala alatan dengan cara dan mengikut lubang yang betul.
Paling penting, bahagian yang berkilat perlu bersemuka, kemudian baru tutup.
Langkah seterusnya adalah dengan memasukkkan semula injap ke dalam paip hanya dengan memusingnya menggunakan tangan sahaja.

6. Cara Untuk Perbaiki Masalah Air Menitis Di Paip: Pasang Semula Kepala Paip Dengan Betul
Selepas sudah memasukkan semula injap ke dalam paip, pasang semula kepalanya menggunakan skru.
Kemudian, siap!

Kadang-kadang air singki menitis walaupun dah tutup habis. Takkan benda kecik macamni pun nak panggil orang repair. Meh aku tunjuk macam mana korang boleh betulkan sendiri je dekat rumah.
— Hadif Walid (@hadifwalid) May 8, 2023
Jemput scroll. pic.twitter.com/RdeO6nP9MR
Selesai masalah anda di rumah! Boleh DIY sahaja selepas ini tanpa perlu memanggil tukang paip. Duit pun boleh jimat.
Benda boleh belajar, apa salahnya kalau kita cuba baiki sendiri kan? Tapi kalau masalah masih tidak boleh diselesaikan, lebih baik panggil tukang paip sebelum ia menjadi semakin besar.
BACA JUGA: [Video] Ramai Terkejut Jumpa Sinki Seperti Nozel Pam Minyak
BACA JUGA: Kanak-kanak 6 Tahun Terkena Asid Gara-gara Jiran Tingkat Atas Tuang Asid Dalam Paip
3 Bahan DIY Yang Boleh Dibuat Untuk Membersihkan Rumah Sehingga Berkilat
Di pasaran, pelbagai produk yang dijual bagi memudahkan proses pembersihan rumah di bahagian seperti sinki, lantai, pemegang tangga dan sebagainya.
Tetapi sesetengah pengguna pula mengalami alahan kepada beberapa bahan sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah kulit seperi ekzema.

Jangan risau, anda masih boleh membersihkan kediaman dengan hanya menggunakan bahan semula jadi yang ada di rumah. Antaranya:
- Bahan untuk membersihkan habuk:
- Satu cawan air
- Setengah cawan cuka
- Dua sudu minyak zaitun
- 10 hingga 15 titik essential oil
- Bahan untuk menjadikan sinki lebih berkilat:
- Empat sudu soda bikarbonat
- 0.95 liter air suam
- Bahan untuk menjadikan lantai lebih berkilat:
- Empat liter air
- Setengah cawan cuka
Simple je bahan-bahan yang diperlukan. Bolehlah hujung minggu ini buat ‘spring cleaning’ mengemaskan rumah dan membersihkan segala habuk.
Selamat mencuba!

BACA JUGA: 5 Natural DIY Cleaning Hacks That’ll Leave Your Sinks Sparkling & Floors Shining
BACA JUGA: Rumah Banyak Cicak? Jom Buat Perangkap DIY Tangkap Haiwan Ini
BACA JUGA: Gas Di Rumah Tiba-tiba Habis? Ini Bahan Yang Anda Boleh Guna Untuk Buat Gas DIY
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.