Kanak-kanak 6 Tahun Terkena Asid Gara-gara Jiran Tingkat Atas Tuang Asid Dalam Paip
Mangsa yang merupakan kanak-kanak berusia enam tahun telah segera dibawa ke unit kecemasan selepas matanya dimasuki asid.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Apabila kita hidup berjiran terutamanya di kediaman berstrata seperti kondominium, flat dan apartment, masing-masing perlu saling bertoleransi antara satu sama lain.
Kalau kita sidai baju, pastikan ia sudah diperah sehabis baik supaya tiada air yang menitik dan terkena pada ampaian di rumah jiran bawah.
Sebelum ini juga pernah berlaku kes di mana seorang jiran dengan selamba memasang sembilan buah penghawa dingin serentak sehingga menyebabkan dinding penduduk sekeliling berkulat.
BACA JUGA: Jemur Daging Khinzir Di Tingkat Atas, Jiran Bengang Air Menitik Terkena Baju Di Ampaian
BACA JUGA: Jiran Buka 9 Aircond Di Rumah, Penghuni Lain Bengang Dinding Tompok Kulat & Lantai Basah
BACA JUGA: [Video] Jiran Selamba Buang Najis Kucing Dari Tingkat Atas Kondominium
Jiran Simbah Asid Dalam Paip Sehingga Bocor Di Rumah Jiran
Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@shahrezanoor), lelaki ini menceritakan tentang satu insiden yang berlaku di sebuah apartment di Kepong.
Menurutnya, salah seorang penduduk di tingkat atas apartment tersebut telah menuang bahan berasid ke dalam paip serta menyebabkan saluran di rumah bawah mengembang dan bocor.
Malah, bau belerang juga dikatakan sangat kuat di dalam rumah jiran yang terlibat itu.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila bahan berasid itu terkena pada kanak-kanak berusia enam tahun yang sedang mandi di dalam bilik air.
Difahamkan asid berkenaan telah memasuki mata mangsa dan menyebabkan dia dibawa segera ke unit kecemasan hospital. Sehingga kini, mangsa masih dalam pemantauan doktor.
Apartment adik saya di kepong. Orang tingkat atas simbah acid dalam paip, anak dia yang kena. Tiba tiba paip dia mengembang and bocor. Bau belerang sangat kuat Kebetulan anak dia 6 tahun tengah mandi and menjerit pasal acid dah masuk mata. pic.twitter.com/ajL7Ss6T7r
— Reza Samat (@shahrezanoor) April 6, 2023
Insiden Paip Jiran Bocor Akibat Penghuni Tingkat Atas Tuang Asid Undang Pelbagai Reaksi
Perkongsian kisah tentang insiden itu membuatkan ramai netizen bimbang dengan keadaan kanak-kanak berusia enam tahun yang menjadi mangsa.
Mereka mendoakan agar kanak-kanak itu kembali sembuh dan tiada perkara serius berlaku kepadanya.


Sementara itu, sesetengah netizen mendakwa mereka pernah berdepan situasi sama apabila jiran di tingkat atas menuang bahan berasid sehingga menyebabkan paip mereka bocor.
Malah, ada yang terpaksa memanggil pihak polis kerana jiran terlibat tidak mahu bertanggungjawab.



Pada masa yang sama, netizen turut menasihati agar kejadian ini dijadikan pengajaran kepada mereka yang tinggal di kediaman berstrata.
Pihak pengurusan kediaman dan persatuan penduduk perlulah saling bekerjasama untuk memberi peringatan kepada penghuni lain supaya tidak sewenang-wenangnya membuang bahan berasid ke dalam paip.
Ini kerana tindakan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada penghuni lain.


Bahan-bahan Yang Selamat Digunakan Untuk Baiki Sinki Tersumbat Di Rumah
Masalah sinki atau saluran air tersumbat sering berlaku dan menyebabkan ketidakselesaan kepada penghuni rumah.
Kalau lubang tandas tersumbat, nak mandi pun susah. Buatnya sinki dapur pula yang tersumbat, nak masak pun terus tak ada mood.
Jadi apa perlu buat untuk atas masalah ini? Jangan risau, ada banyak bahan selamat yang boleh digunakan untuk memperbaiki semula saluran yang tersumbat. Antaranya:
- Soda bikarbonat
- Cuka
- Garam
- Air panas
- Sabun pencuci pinggan
- Pam
- Dawai
- Pencuci kimia
NOTA KAKI: Elakkan dari menggunakan serbuk berasid lebih-lebih lagi jika anda tinggal di rumah berstrata. Dikhuatiri boleh menyebabkan paip atau saluran air rumah jiran di bawah bocor.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.