Now Reading
Gas Di Rumah Tiba-tiba Habis? Ini Bahan Yang Anda Boleh Guna Untuk Buat Gas DIY

Gas Di Rumah Tiba-tiba Habis? Ini Bahan Yang Anda Boleh Guna Untuk Buat Gas DIY

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gas DIY ini adalah minyak terpakai, air, kain dan bekas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pernah tak korang dah siap bahan untuk memasak, tapi tiba-tiba gas dapur dah habis? Mesti pernah kan?

Nak pergi kedai beli gas pula waktu itu tengah hujan lebat. Tapi kalau tak masak, anak-anak nak makan apa?

Jangan risau, perkongsian salah seorang pengguna TikTok ini boleh bantu anda menyelesaikan masalah seperti ini.

BACA JUGA: Banyak Lipas Dalam Rumah? Cuba 3 Bahan Ini Untuk Buat Perangkap

Buat gas DIY di rumah

Menerusi video dimuat naik oleh Miss__donya di TikTok, dia berkongsi tips berguna sekiranya dapur gas kita tiba-tiba kehabisan.

https://www.tiktok.com/@miss_donyaa/video/7075122400739740954?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Senang je caranya. Yang penting anda kena ada beberapa bahan seperti berikut:

  • Minyak masak terpakai
  • Kain
  • Air
  • Bekas

Cara-caranya anda boleh lihat menerusi video di bawah.

https://www.tiktok.com/@miss_donyaa/video/7075347545899191579?_t=8Qq64K9wmSv&_r=1

Senang kan? Bolehlah cuba nanti kalau tiba-tiba kehabisan gas di rumah.


Apa nak buat dengan minyak terpakai?

Kalau korang tak tahu nak buat apa dengan minyak terpakai yang semakin banyak di rumah, mungkin boleh simpan sedikit.

Mana tahu kalau tiba-tiba gas habis. Boleh guna untuk buat gas api DIY seperti tips yang dikongsikan seperti di atas.

Sumber: Carousell

Lebihan minyak terpakai boleh juga dijual kerana ada sesetengah pihak yang membeli minyak terpakai mengikut harga sekilogram.

Kalau tak nak jual dan nak terus buang, pastikan buang dengan cara yang betul seperti dengan cara membekukannya terlebih dahulu.

Proses membeku yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan Oil Hardener yang biasanya dilakukan masyarakat Jepun.

Jangan terus dibuang ke dalam sinki atau mangkuk tandas kerana boleh menyebabkan saluran tersumbat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd