Rumah Banyak Cicak? Jom Buat Perangkap DIY Tangkap Haiwan Ini
Antara bahan yang diperlukan untuk membuat perangkap cicak adalah botol plastik kosong, tisu, air, minyak masak, dan gula.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Serangga seperti lipas, cicak dan semut merupakan haiwan perosak yang boleh dikatakan selalu ada di penjuru terpencil rumah kita.
Paling risau kalau haiwan-haiwan ini membiak di kawasan berhampiran dengan tempat simpanan makanan. Takut pula sekiranya boleh mencemarkan makanan walaupun masih elok dalam bungkusan.
Selain di dapur, bilik tidur serta di sekitar kawasan tong sampah juga menjadi tumpuan haiwan perosak.
Cara Mudah Buat Perangkap Cicak Guna Bahan Dari Dapur Rumah Anda
Cicak merupakan salah satu haiwan yang kotor kerana haiwan ini membawa jutaan bakteria serta virus berisiko di tubuh badannya dan boleh menyebabkan kemudaratan pada kesihatan manusia.
Selain itu, najis cicak juga mengakibatkan lantai, pintu, tingkap mahupun langsir rumah menjadi kotor.
Memandangkan haiwan ini mendatangkan banyak keburukan, mungkin sudah tiba masanya untuk kita ‘menghalau’ mereka dari rumah dengan cara membuat perangkap cicak.

Senang je! Guna bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja. Antara bahan yang diperlukan adalah:
- Botol plastik kosong
- Tisu atau kapas
- Air
- Minyak masak
- Gula atau susu pekat
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Potong botol plastik kosong menjadi dua bahagian.
- Letak tisu atau kapas di dasar botol plastik tersebut.
- Letak air, gula atau susu pekat di bahagian bertisu itu.
- Sapu sedikit minyak pada bahagian dalam serta luar botol bagi melicinkan permukaan.
- Ambil bahagian atas botol dan pasang secara terbalik di atas botol yang mengandungi bahan-bahan diletakkan sebelum itu.
- Apabila perangkap botol ini siap dipasang, lekatkan ia di dinding menggunakan pita pelekat, gam atau paku.

NOTA KAKI: Jadi atau tidak perangkap ini, kita berserah pada takdir. Yang penting kita sudah cuba.
Harap cara mudah ini dapat membantu anda yang mengatasi masalah haiwan perosak di rumah. Selamat mencuba!
BACA JUGA: Rumah Banyak Serangga? Jom Cuba Tips Ini Untuk Halau Haiwan Perosak
BACA JUGA: Banyak Lipas Dalam Rumah? Cuba 3 Bahan Ini Untuk Buat Perangkap
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.