Now Reading
[Video] Ramai Terkejut Jumpa Sinki Seperti Nozel Pam Minyak

[Video] Ramai Terkejut Jumpa Sinki Seperti Nozel Pam Minyak

Sinki berbentuk nozel pam minyak ini terletak di sebuah stesen minyak di Terminal Stesen Kuantan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak bermulanya pandemik Covid-19, ramai yang mula menjaga kebersihan diri untuk mengurangkan penularan virus berbahaya itu.

Selain memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial, amalan mencuci tangan juga amat penting sebagai langkah berjaga-jaga.

Oleh disebabkan itu, sinki yang berfungsi dengan baik amatlah diperlukan untuk membolehkan kita kerap mencuci tangan.

Bila sebut sinki, mesti ramai yang boleh membayangkan bentuknya bagaimana.

Tempat basuh tangan sebijik macam nozel pam minyak

Mesti anda tak pernah tengok sinki berbentuk nozel seperti di stesen pam minyak kan?

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @ateynnnnlie memuat naik video yang menunjukkan keunikan tempat basuh tangan di sebuah stesen minyak di Terminal Stesen Kuantan.

Sinki itu dianggap unik kerana menggunakan nozel sebagai paip untuk membasuh tangan.

Wow, lain macam.

Dalam video berkenaan, ibu bapa gadis itu cuba untuk menggunakan sinki tersebut seperti ingin mengisi minyak. Namun, cara itu salah sebenarnya.

Rupa-rupanya kena guna pemutar pada bahagian sinki dan bukannya menekan pam nozel tersebut.

Sinki berbentuk seperti nozel minyak itu telah menarik perhatian ramai sehingga video tersebut berjaya meraih 433,500 tontonan ketika artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@ateynnnnlie/video/7028049490372349211?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8pUepq6dU%2FOGxFKrnpDCAkB6lTESlUL7MbOGYevZULEkxDXKcFc4Y0QrumkNXpEAGYelKENMJssGKrKHgGgA%3D&language=en&mid=6746993352891189249&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7028049490372349211&share_link_id=30c7dda4-912b-403b-b0cd-793270326aa0&source=h5_t&timestamp=1636379735&u_code=dl89cikjgg64h0&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Ramai pertama kali tengok sinki berbentuk nozel

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut apabila pertama kali melihat tempat basuh tangan yang menggunakan nozel pam minyak.

Bukan itu sahaja, ada juga beranggapan mungkin kena ikut prosedur macam nak beli minyak barulah air akan keluar dari sinki tersebut.

Kredit: TikTok @ateynnnnnlie
Kredit: TikTok @ateynnnnnlie

Kreatif betul orang zaman sekarang.

Rasanya bukan senang nak buat sinki unik tersebut. Jadi, sama-samalah kita menjaga harta benda awam ini dan gunakanlah dengan sebaik mungkin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd