Now Reading
Tawar Bajet RM120, Pelanggan Terkejut Juruteknik Nak Pasang Aircond Pada Satu Sisi Je

Tawar Bajet RM120, Pelanggan Terkejut Juruteknik Nak Pasang Aircond Pada Satu Sisi Je

Pelanggan itu terus membatalkan niat untuk memasang penyaman udara dengan bajet RM120 selepas melihat gambar pemasangan yang agak bahaya dihantar oleh juruteknik itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan hampir kesemua rumah akan mempunyai sekurang-kurangnya satu alat pendingin hawa untuk menjadikan kediaman mereka lebih selesa dengan suhu yang sejuk.

Kawasan yang berhawa dingin mesti akan menjadi tumpuan utama lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Walaupun kita semua sukakan suhu yang nyaman, tetapi jangan pula sampai mementingkan diri dengan memasang banyak pendingin hawa di rumah anda seperti yang pernah berlaku sebelum ini di Singapura.

BACA JUGA: Jiran Buka 9 Aircond Di Rumah, Penghuni Lain Bengang Dinding Tompok Kulat & Lantai Basah

Juruteknik Nak Pasang Aircond Satu Sisi Sahaja

Baru-baru ini, seorang juruteknik yang memasang pendingin hawa berkongsi beberapa gambar tangkap layar di laman Facebook (Ang Kong Sing) yang menunjukkan perbualannya bersama seorang pelanggan.

Pelanggan berkenaan katanya mahu memasang pendingin hawa dengan satu horse power (1.0 HP) dengan harga murah.

Malah pelanggan itu juga cuba memujuk juruteknik berkenaan menurunkan harga dari RM250 kepada RM120.

Katanya dia hanya mempunyai bajet RM120 sahaja dan tidak kisah sekiranya pendingin hawa itu tidak kelihatan bagus, asalkan boleh berfungsi dengan baik.

Mendengar permintaan pelanggan tersebut, juruteknik itu menunjukkan gambar keadaan penyaman udara akan dipasang dengan harga yang ditawarkan.

Kalau anda lihat, keadaan alat penyejuk itu yang agak usang dan caranya dipasang pada sisi sebelah tanpa sebarang sokongan di bawah memang agak ‘menyeramkan’.

Selepas melihat gambar yang dihantar oleh juruteknik itu, pelanggan tersebut terus membatalkan niatnya untuk memasang pendingin hawa.

Ramai Yang Nasihati Untuk Mengutamakan Keselamatan

Di ruangan komen hantaran yang dimuat naik itu, rata-rata pengguna media sosial menasihati pelanggan berkenaan untuk mengeluarkan modal lebih sedikit bagi menjamin keselamatan ketika menggunakan pendingin hawa.

Malah, ramai juga yang berpendapat bahawa mereka perlu mengambil kira beberapa faktor lain sebelum memasang pendingin hawa seperti sistem penyaman udara, saluran dan pendawaian.

Sebenarnya bukan sahaja jenamanya yang penting, malah cara penyaman udara itu dipasang juga memainkan peranan.


Boleh Ke Pasang Penyaman Udara Di Mana-mana Sahaja?

Secara amnya, unit penyaman udara hendaklah dipasang di tengah-tengah bilik supaya aliran udara seimbang ke seluruh ruang dan suhu sejuk dapat dirasai di setiap penjuru.

Pemasangan penghawa dingin tidak akan lengkap tanpa jumlah penebat yang secukupnya.

BACA JUGA: Cuaca Terlampau Panas? Ini 5 Cara Untuk Kekal Sejuk Di Rumah Tanpa Guna Pendingin Hawa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd