Now Reading
2 Mangkuk Yong Tau Foo Di Medan Selera Cecah RM94, Wanita Luah Rasa Terkejut

2 Mangkuk Yong Tau Foo Di Medan Selera Cecah RM94, Wanita Luah Rasa Terkejut

Hidangan Yong Tau Foo untuk dua mangkuk yang bernilai RM94.20 itu dikatakan dibeli di sebuah medan selera pusat membeli-belah di ibu kota.

Wanita Terkejut 2 Mangkuk Yong Tau Foo Di Medan Selera Pusat Beli-belah Terkenal Harga RM94

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hidangan Yong Tau Foo merupakan salah satu makanan jalanan kaum Cina yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia termasuklah bangsa-bangsa lain.

Kalau anda pergi ke pasar malam atau di tepi jalan, memang ramai yang menjual menu ini dengan harga agak murah mengikut jenis makanan diambil.

Kebiasaannya hidangan Yong Tau Foo ini mempunyai pelbagai pilihan seperti bebola ikan, sosej, tauhu, dim sum, cendawan enoki, chee cheong fun dan lain-lain.

Artikel Berkaitan: Yong Tau Foo, Malaysia’s Favourite Stuffed Beancurd, Was Born Of Indecisiveness

Artikel Berkaitan: This Chinese Couple Makes Yong Tau Foo and Chee Cheong Fun Affordable And Accessible For Our Multicultural Country


Dua Mangkuk Menu Yong Tau Foo Berharga RM94 Di Medan Selera Pusat Membeli-belah

Berbicara tentang Yong Tau Foo, baru-baru ini tular satu hantaran di laman Facebook (Azura Baharudin) apabila wanita ini meluahkan rasa terkejut selepas membayar dua mangkuk hidangan Yong Tau Foo.

Difahamkan, hidangan yang dibeli di medan selera sebuah pusat membeli-belah terkenal adalah berharga RM94.20!

Memang betul ya RM94.20 kerana dia juga memuat naik gambar berserta resit yang menunjukkan harga bagi setiap pilihan yang diambil dalam menu Yong Tau Foo itu.

Menerusi gambar resit yang dimuat naik, harga untuk tiga cendawan enoki sahaja sudah mencecah RM8.80. Jika anda membeli satu paket cendawan tersebut di pasar raya, ia hanya berharga RM1 sahaja.

Bukan itu sahaja, tiga brokoli dan telur puyung yang diambil juga bernilai RM14.40.

Selepas terkejut dengan apa yang berlaku, wanita ini berkongsi pengalamannya membeli hidangan tersebut di kedai biasa untuk dimakan seisi keluarga sebelum ini cuma berharga RM30 sahaja.

Walau bagaimanapun, wanita ini memahami harga yang mahal itu mungkin disebabkan lokasi di pusat membeli-belah yang dipenuhi kedai barangan berjenama serta mewah.

Jadi harga begitu faham lah nak cover cost sewa dengan pekerja. Cuma kita yang tak menjangka harga begitu kerana lokasinya pun sekadar di food court. Tapi ye lah food court Pavilion. Bukan food court Aeon.

Azura Baharudin.

Mengakui kesilapannya tidak melihat kepada tanda harga, pelanggan itu juga menasihati orang ramai supaya menjadikan perkara ini sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan dilakukan olehnya.

Hal Kak Jura pula silapnya tak tengok langsung harga kerana bayanganku makan yong tau foo time diet ni sesuai dan mungkin tak mahal sangat sebab nama pun yong tau foo. Tapi jangkaanku silap maka bayarlah dengan senyuman.

Azura Baharudin.

Netizen Pun ‘Ternganga’ Tengok Harga Yong Tau Foo Di Medan Selera Cecah RM94

Rata-rata netizen yang melihat hantaran tersebut memberikan pendapat bahawa harga hidangan Yong Tau Foo di medan selera tidak sepatutnya terlalu mahal seperti yang berlaku.

Namun, ada juga yang mendakwa mungkin ia agak mahal seperti itu kerana mengambil faktor lokasinya yang berada di pusat membeli-belah terkenal Kuala Lumpur.

Siapa yang tak terkejut kan kalau tengok jumlah bil semahal itu. Memang terbeliak biji mata.

Mungkin selepas ini setiap pelanggan kena baca betul-betul dekat menu sebelum membuat pesanan. Tengok dua tiga kali.

Jadi, tak adalah terperanjat sangat bila tengok jumlah bil nanti.


Tempat Best Untuk Makan Yong Tau Foo Sekitar Lembah Klang

Kalau ada yang tiba-tiba mengidam nak makan Yong Tau Foo dan tidak mahu membayar sehingga harga mencecah RM100, jom kami kongsikan lokasi menarik untuk anda menikmati hidangan ini dengan hati yang tenang.

Antaranya:

  • Foong Foong Yong Tau Foo
    • 621, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor.
  • Segambut Yong Tau Foo
    • 67, Jalan Segambut Pusat, Taman Segambut, 5120 Kuala Lumpur.
  • Yong Tau Foo Kampung Pandan
    • 4, Jalan Thaver, Kampung Pandan, 5510 Kuala Lumpur.
  • Restoran Yong Tau Foo Chan Chan
    • 69, Jalan 11/62a, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur.
  • Ipoh Road Hakka Yong Tau Foo
    • 2, Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa Permai, 52200 Kuala Lumpur, Selangor.

Sumber: Facebook Azura Baharudin | Foodpanda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd