Now Reading
[Video] Mampu Selesaikan Hutang Lebih 1 Juta, Ariff Peter Kongsi Cara Doa Yang Diamalkan

[Video] Mampu Selesaikan Hutang Lebih 1 Juta, Ariff Peter Kongsi Cara Doa Yang Diamalkan

Ariff Peter berasa terpanggil untuk menjawab soalan segelintir netizen yang ingin tahu amalan yang dilakukan olehnya sehingga mampu menyelesaikan kesemua hutangnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada bulan lalu, tular di media sosial kisah seorang pemuda yang hanya tinggal di dalam keretanya sejak dua tahun lalu kerana menanggung hutang RM1.2 juta.

Dia yang dikenali sebagai Ariff Peter itu memilih untuk menjadikan kereta Proton Wira miliknya sebagai kediaman selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang digital hingga menyebabkan dia kehilangan harta benda.

BACA JUGA: Pernah Hidup Mewah, Kini Tinggal Dalam Kereta Kerana Tanggung Hutang RM1 Juta [Video]

Namun siapa sangka, baru-baru ini pemuda berkenaan berjaya melunaskan kesemua hutanya yang bernilai lebih RM1 juta itu dan mampu menarik nafas lega.

Ariff Peter kongsi amalan ketika berdoa

Terbaharu, Ariff berkongsi pula amalan berdoa yang dilakukan olehnya setelah ramai pengikutnya bertanya mengenai perkara itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@ariffpeter), Ariff menyatakan bahawa dia bukanlah seorang yang alim serta sedar banyak lagi ilmu agama yang harus dipelajarinya.

Namun, Ariff mengatakan dia terpanggil untuk menjawab soalan segelintir netizen yang ingin tahu amalan yang dilakukan olehnya sehingga mampu menyelesaikan kesemua hutangnya.

“Aku sebenarnya bukanlah orang yang baik, orang yang alim atau orang yang warak nak cerita pasal agama ini sebenarnya. Aku sedar yang banyak lagi perlu diperbaiki dan juga banyak lagi perlu mendalami ilmu-ilmu agama.

“Cuma aku rasa terpanggil bila ada ramai sangat yang komen dekat aku, yang tanya dekat aku, yang DM aku tanya apa amalan aku buat sampai hutang aku yang banyak itu boleh selesai,” katanya.

Ariff Peter tak guna perkataan ‘aku kau’ ketika berdoa kepada Allah SWT

Menurutnya, perkara yang ingin dikongsikan olehnya itu tidaklah terlalu terperinci mengenai sesuatu doa, cuma mengutamakan perkara asas ketika berdoa kepada Allah SWT iaitu adab.

Jelas pemuda berusia 27 tahun itu, ketika berdoa, dia tidak menggunakan perkata ‘aku kau’, sebaliknya membahaskan diri sebagai ‘hamba’.

“Aku selalu berdoa ‘Ya Allah, hamba’, sebab bagi aku sendiri ‘kau aku’ itu macam kita bercakap dengan kawan-kawan, inikan pula bila kita nak memohon sesuatu kepada Tuhan kita.

“Jadi yang pertama bagi aku adalah adab kita berdoa, memohon sesuatu kepada Allah SWT,” katanya lagi.

Selain itu, Ariff turut memaklumkan bahawa sebagai seorang hamba haruslah berdoa dengan meminta untuk mendapat keyakinan tinggi dalam seriap perancangan Allah SWT.

Bantuan rakyat Malaysia dan rakan perniagaan buat Ariff Peter berjaya selesaikan hutang

Terdahulu, Ariff berjaya melangsaikan kesemua hutang bernilai RM1.2 juta dengan bantuan rakyat Malaysia yang membantunya dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di media sosial selain rakan perniagaannya turut membantu dengan membayar sebanyak RM30,000.

BACA JUGA: Ariff Peter Lega, Kesemua Hutang RM1 Juta Berjaya Diselesaikan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd