Now Reading
Taman Air Kanak-kanak Di The Exchange TRX Kini Tutup Untuk Kerja Membaikpulih

Taman Air Kanak-kanak Di The Exchange TRX Kini Tutup Untuk Kerja Membaikpulih

Taman interaksi kanak-kanak berbentuk spiral di TRX City Park itu telah ditutup dengan kon berwarna merah di sekelilingnya buat sementara waktu walaupun baru dibuka kurang dari seminggu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


The Exchange TRX yang kini dibuka dengan lebih 400 kedai dalam pusat membeli-belah berkeluasan 1.3 juta kaki persegi telah menjadi lokasi tumpuan warga kota sejak ia dibuka pada 29 November lalu.

Selain dipenuhi dengan pelbagai jenama terkenal, The Exchange TRX juga mempunyai kawasan atas bangunan dipanggil sebagai TRX City Park yang menyediakan fasiliti untuk kanak-kanak termasuklah taman permainan dan kawasan air pancut.

Baca Artikel Berkaitan: The Exchange TRX Dibuka Hari Ini (29 November), Banyak Jenama Terkenal Dunia Buka Cawangan Pertama

Dalam satu video yang tular sebelum ini, kelihatan ramai kanak-kanak teruja untuk menerokai segala fasiliti di kawasan tersebut sehingga ada yang bermain dan bermandi di dalam fasiliti air berbentuk spiral.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan The Exchange TRX tidak menggalakkan kanak-kanak untuk bermain di dalam fasiliti air berbentuk spiral itu dan akan menyediakan peraturan penggunaannya.

Sumber: TikTok/ X (Twitter)

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Pertikai Budak Mandi-manda Dalam ‘Spiral’ Di TRX City Park, Ini Penjelasan Pihak Pengurusan


Taman Air Kanak-kanak Di TRX City Park Dipercayai Tutup Untuk Penyelenggaraan

Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@siapalin), kelihatan taman interaksi air kanak-kanak berbentuk spiral di TRX City Park itu telah ditutup dengan kon berwarna merah.

Difahamkan fasiliti tersebut akan diselenggara oleh pihak pengurusan meskipun baru sahaja dibuka kurang daripada tempoh seminggu buat orang ramai.

Di ruangan kapsyen, wanita ini menasihati masyarakat agar menjaga kemudahan awam lebih-lebih lagi apabila tiada caj dikenakan untuk penggunaan fasiliti disediakan di TRX City Park ini.

“Kita boleh buat lagi baik daripada ini. Jom hargai segala kemudahan ini lagi lagi benda percuma. Boleh je main air, bilik mandi pun disediakan . Overall best,” kata pengguna TikTok tersebut.

https://www.tiktok.com/@siapalin/video/7308746580423658770

Netizen Nasihat Para Ibu Bapa Kawal Tingkah Laku Anak-anak

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen terkejut selepas mengetahui tentang penutupan sementara waktu melibatkan fasililti taman air berkenaan.

Malah, ada juga netizen yang mempertikaikan sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka melakukan apa sahaja terhadap kemudahan air tersebut.

Dalam pada itu, segelintir netizen berpendapat taman air di TRX City Park tidak sepatutnya dilihat sebagai taman tema air kerana ia hanya direka sebagai taman interaksi air sahaja.

Pada masa sama, ada juga netizen yang memberi peringatan kepada pihak pengurusan untuk menjangkakan perkara sebegini.

“Patut management dah jangka benda ni akan berlaku. Belum lagi musim sekolah siap bawa khemah bersantai kat rumput makan karipap dan kuih lapis,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok

Diharapkan selepas ini semua pengunjung di pusat membeli-belah tersebut sama-sama menjaga kemudahan yang disediakan.

Kesian pula pada orang yang datang dari jauh tetapi pulang dengan kecewa kerana tidak dapat menggunakan fasiliti air yang mengujakan ini.

Ibu bapa juga boleh mengawasi pergerakan si kecil dengan lebih teliti.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd