Now Reading
Netizen Pertikai Budak Mandi-manda Dalam ‘Spiral’ Di TRX City Park, Ini Penjelasan Pihak Pengurusan

Netizen Pertikai Budak Mandi-manda Dalam ‘Spiral’ Di TRX City Park, Ini Penjelasan Pihak Pengurusan

Selain di kawasan air pancut, sekumpulan kanak-kanak dilihat seronok bermandi-manda sekitar fasiliti berbentuk ‘spiral’, taman permainan TRX City Park.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, pusat beli-belah The Exchange TRX kini secara rasminya dibuka dan mula beroperasi pada minggu lepas (29 November).

Pusat beli-belah itu membolehkan orang ramai menikmati pengalaman gaya hidup yang unik dan moden.

Selain dipenuhi butik dari pelbagai jenama popular dan kedai makanan hebat, The Exchange TRX turut menjadi sebutan kerana mempunyai taman di atas bumbung dikenali sebagai TRX City Park.

Baca Artikel Berkaitan: The Exchange TRX Dibuka Hari Ini (29 November), Banyak Jenama Terkenal Dunia Buka Cawangan Pertama


Netizen Pertikai Penggunaan Taman Air Oleh Kanak-kanak Di TRX City Park

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok menyaksikan ramai kanak-kanak bersama ibu bapa mereka sedang berseronok di taman permainan TRX City Park.

Dalam video itu, ramai pengunjung dilihat memeriahkan taman permainan dengan meluangkan masa bersama keluarga masing-masing seperti bermain dan mengambil gambar.

Malah, ramai juga anak kecil dilihat berseronok bermain di kawasan air pancut (water fountain) di taman kanak-kanak termasuk beberapa fasiliti berbentuk spiral yang berisi air.

Namun, perlakuan tersebut telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan warganet di laman X (Twitter) di mana ada yang tidak bersetuju bahawa sesetengah fasiliti dibenarkan untuk bermain buat kanak-kanak.

“Dah macam water park lah pulak, tak rasa pun bende spiral tu tempat mandi budak-budak,” kata seorang netizen.


Pihak Pengurusan The Exchange TRX Tampil Beri Penjelasan

Berasa musykil dengan pandangan tersebut, seorang pengguna X (@sueannajoe_) telah bertanyakan beberapa soalan secara mesej peribadi (DM) kepada pihak pengurusan The Exchange TRX di laman Instagram tentang isu itu.

Wanita dikenali sebagai Sue bertanya sama ada budak kecil dibenarkan bermain di kawasan air pancut di taman permainan itu.

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, pihak pengurusan berkata bahawa ianya dibenarkan kerana ia merupakan salah satu daripada kawasan permainan deria air (sensory water).

Selain itu, Sue juga turut bertanya tentang fasiliti air berbentuk spiral yang digunakan oleh si kecil untuk bermandi-manda seperti tular di media sosial.

Namun bagi pertanyaan ini, pihak pengurusan tidak menggalakkan kanak-kanak untuk bermain di dalam atau di atas fasiliti air berbentuk spiral itu.

Dalam pada itu, pihak The Exchange TRX kini sedang dalam usaha mengeluarkan garis panduan (dos and don’ts) semasa menggunakan fasiliti di taman permainan tersebut.

Bukan itu sahaja, pihak pengurusan juga membenarkan para anak kecil untuk bermain di kawasan air terjun Play Cave tetapi perlu diberikan perhatian lebih oleh penjaga untuk tujuan keselamatan.

Sumber: X (@sueannajoe_)
Sumber: X (@sueannajoe_)

Baca Artikel Berkaitan: Beautiful But Unfinished: The Exchange TRX


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd