Now Reading
The Exchange TRX Dibuka Hari Ini (29 November), Banyak Jenama Terkenal Dunia Buka Cawangan Pertama

The Exchange TRX Dibuka Hari Ini (29 November), Banyak Jenama Terkenal Dunia Buka Cawangan Pertama

Antara jenama terkenal yang akan dan telah membuka cawangan pertama mereka di The Exchange TRX adalah GENTLE MONSTER, Shake Shack dan Apple Store.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Akhirnya selepas ditunggu-tunggu, satu lagi ‘permata’ baharu telah dibuka di bandar Kuala Lumpur untuk membolehkan orang ramai menikmati pengalaman gaya hidup yang unik dan moden.

Menjadi sebahagian daripada 17 ekar dalam kawasan TRX, The Exchange TRX dibuka dengan lebih 400 kedai dalam pusat membeli-belah berkeluasan 1.3 juta kaki persegi.

Bukan itu sahaja, The Exchange TRX ini juga menjadi pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang memperoleh ‘LEED Gold Certification’ atas usaha mereka ke arah pembangunan kelestarian dengan pembinaan kawasan hijau di bahagian bumbungnya.


The Exchange TRX Mahu Bina Ruang Bertaraf Dunia

The Exchange TRX dibangunkan bersama oleh sebuah kumpulan hartanah bersepadu global dari Australia iaitu Lendlease dan juga pemaju induk Tun Razak Exchange, TRX City Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Projek The Exchange TRX merangkap Ketua Peruncitan Lendlease Malaysia iaitu Mitch Wilson, beliau menjelaskan penubuhan The Exchange TRX ini adalah untuk mewujudkan ruang bertaraf dunia yang boleh menjadi mercu tanda bagi ibu kota Kuala Lumpur.

Matlamat kami menubuhkan The Exchange TRX ini juga adalah untuk menjadikan ia dikenali sebagai sebuah komuniti yang menyumbang kepada pertumbuhan lestari serta identiti bandar Kuala Lumpur selain menjangkaui keperluan para pengunjung di sini.

Pengarah Projek The Exchange TRX merangkap Ketua Peruncitan Lendlease Malaysia, Mitch Wilson.

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib pula berkata, pembukaan hab runcit dan gaya hidup tersebut di TRX merupakan detik penting buat daerah kewangan antarabangsa (IFC) yang terletak di TRX.

Pelancaran The Exchange TRX menandakan peristiwa penting dalam perjalanan kami ke arah penubuhan dinamik dalam Tun Razak Exchange. Ia sejajar dengan visi kami untuk mencipta IFC berskala global.

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib.
Dari kiri ke kanan: Pengarah Projek The Exchange TRX merangkap Ketua Peruncitan Lendlease Malaysia Mitch Wilson, Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib, CEO Lendlease Asia Justin Gabbani dan Pengerusi Lendlease Malaysia Dinesh Nambiar mengetuai perarakan masuk pengunjung ke dalam The Exchange TRX.

Tumpuan Utama Di The Exchange TRX

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa keunikan The Exchange TRX ini berbanding pusat membeli-belah yang lain kan?

Premis Makanan dan Minuman

Jom kita mulakan dengan premis makanan dulu. Di sini, terdapat lima jenis kawasan tempat makanan dengan suasana yang berbeza yang merangkumi pelbagai sajian tempatan dan antarabangsa.

Lima kawasan berbeza tersebut adalah:

  • Food Exchange: Sajian tempatan.
  • Concourse Dining: Sajian makanan antarabangsa.
  • Park Dining: Hiasan dalaman seolah-olah berada di taman dan lebih kepada sajian untuk acara tertutup dan majlis korporat.
  • Premium Dining: Ruangan makan yang mewah.
  • Dining Terrace: Lokasi sesuai untuk bersosial.
Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib (kedua dari kiri), Ketua Peruncitan Lendlease Malaysia Mitch Wilson, Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib, CEO Lendlease Asia Justin Gabbani dan Pengerusi Lendlease Malaysia Dinesh Nambiar.

Antara premis makanan yang bakal membuka cawangan pertama mereka di The Exchange TRX adalah Shake Shack yang terkenal dengan hidangan burger dan milkshake mereka.

Manakala jenama kopi Morocco iaitu Bacha Coffee, syarikat manisan dari Itali iaitu Venchi dan kedai ramen dari Jepun yang terkenal, Kanbe Ramen juga melancarkan cawangan kedua mereka di sini.

Lebih membanggakan lagi, jenama aiskrim popular buatan Malaysia, Paolo Paolo Gelato juga akan membuka premis mereka di The Exchange TRX.

Untuk penggemar ‘cafe hopping’, ramai yang teruja untuk mencuba Café Kitsuné yang cukup terkenal di Paris dan kini bertapak di Malaysia buat pertama kali!

Pada masa sama, para pengunjung juga boleh mencuba jenama minuman boba dari Shanghai iaitu HEYTEA yang dikenali dengan minuman teh keju mereka.

Jenama Pakaian Mewah

Kepada mereka yang menggemari gaya estetik, pastinya pembukaan premis pertama jenama dari Korea Selatan, GENTLE MONSTER di The Exchange TRX membuatkan orang ramai cukup teruja untuk melihat sendiri pelbagai koleksi mereka terutamanya cermin mata.

Baca Artikel Berkaitan: Gentle Monster Shakes Up Malaysia With Disruptive Eyewear

Sumber: GENTLE MONSTER

Selain itu, pelbagai jenama antarabangsa yang bakal menjejakkan kaki mereka di Malaysia dalam pembukaan premis pertama seperti Alo Yoga, Seibu, Dolce & Gabbana, Chaumet dan Drunk Elephant.

Jenama-jenama mewah yang sudah lama menapak di Malaysia seperti Louis Vuitton, Gucci dan Chanel.


Apple Store Pertama Juga Bakal Dibuka Di Malaysia

Bagi peminat gajet, Apple Store adalah premis yang paling ditunggu-tunggu kerana ia merupakan cawangan pertama yang dibuka di Malaysia selepas khabar mengenai pembukaan mula tular sejak tahun 2021.

Lokasi ini bakal menyediakan pelbagai jenis gajet terbaharu dan canggih dari jenama Apple.

Baca Artikel Berkaitan: Apple Store Pertama Di Malaysia Dijangka Dibuka Di Kuala Lumpur Pada 2022

Apple Store. (Sumber: KL Property)

Keterhubungan Kawasan TRX

Baru-baru ini, kerajaan telah siap membina terowong bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang lima kilometer dan dibuka untuk kegunaan orang ramai bermula hari ini (29 November).

Terowong berkenaan bakal menghubungkan TRX dengan 12 lebuh raya serta jalan utama seperti Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expessway (SPE).

Baca Artikel Berkaitan: Terowong TRX Dibuka 29 November Ini, Dijangka Kurangkan 30% Kesesakan Trafik

Selain itu, orang kawasan TRX ini juga dihubungkan dengan stesen MRT Tun Razak Exhange laluan Kajang dan bersambung dengan jambatan pejalan kaki dari KLCC serta Pavilion Kuala Lumpur.


Pembukaan The Exchange TRX menjadi permulaan kepada kempen Krismas yang diusahakan oleh jenama kerjasama Chanel dan United Overseas Bank (UOB) bermula 29 November sehingga 31 Disember 2023.

Kehadiran pengunjung ke The Exchange TRX akan disambut dengan pokok krismas setinggi 60 kaki dan hadiah istmewa buat para pelanggan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd