Now Reading
Terowong TRX Dibuka 29 November Ini, Dijangka Kurangkan 30% Kesesakan Trafik

Terowong TRX Dibuka 29 November Ini, Dijangka Kurangkan 30% Kesesakan Trafik

Terowong bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sejauh lima kilometer ini bakal dihubungkan dengan 12 lebuh raya serta jalan utama seperti Jalan Tun Razak dan Jalan Sultan Ismail.

terowong TRX

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah kesesakan lalu lintas adalah satu perkara yang sering berlaku dan masih belum menemui jalan penyelesaian meskipun sudah banyak lebuh raya baru dibina.

Sehubungan itu, kerajaan telah membina terowong bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang lima kilometer dan ia akan dibuka untuk kegunaan orang ramai bermula Rabu hadapan (29 November).

Memetik sumber Berita Harian, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan terowong bawah tanah ini mampu mengurangkan kesesakan trafik sebanyak 30% untuk memasuki pusat bandar raya.

Terowong berkenaan bakal menghubungkan TRX dengan 12 lebuh raya serta jalan utama seperti Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expessway (SPE).

Sumber: Facebook Alexander Nanta Linggi

Ini sejajar dengan komitmen kerajaan untuk menjadikan TRX sebagai destinasi perniagaan dan sosial antarabangsa. Sebagai contoh usaha sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk projek Penyebaran Trafik Jalan Tun Razak yang baru selesai.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Terowong TRX yang dibina oleh Gadang Engineering (M) Bhd dan WCT Berhad ini terdiri daripada dua aras yang dikhaskan untuk lalu lintas kenderaan dan juga bagi perkhidmatan utiliti.


Beri Jaminan Isyarat Waze Tidak Terganggu Di Bawah Tanah

Selain itu, isyarat telefon untuk penggunaan aplikasi Waze di dalam terowong tersebut juga dijamin tidak akan mengalami gangguan meskipun berada di bawah tanah.

Ini kerana Waze Beacon telah dipasang di dalam terowong bagi memastikan navigasi dapat diteruskan seperti biasa di kawasan tersebut.

Sumber: Buletin TV3

Ketika pembukaan terowong ini pada 29 November, pusat beli-belah The Exchange TRX dan Taman Bandar TRX seluas 4 hektar juga akan dilancarkan serentak pada hari yang sama.

Alexander bersama Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh turut membuat lawatan di terowong bawah tanah TRX semalam (22 November) bagi meninjau keadaan sebelum pembukaan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd