Now Reading
Ira Kazar Dipanggil JAWI Lepas Puteri Sarah Fail Saman

Ira Kazar Dipanggil JAWI Lepas Puteri Sarah Fail Saman

Ira Kazar hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi membantu kes saman difailkan oleh Puteri Sarah Liyana.

Ira Kazar Dipanggil JAWI Lepas Puteri Sarah Fail Saman

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terdahulu, seorang pelakon tanah air iaitu Puteri Sarah Liyana telah memfailkan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa telah mengganggu rumah tangganya dengan menjadi ‘orang ketiga’ bersama suaminya Syamsul Yusof.

Kemelut rumah tangga pasangan suami isteri ini telah berlarutan selama empat tahun dan Puteri Sarah menganggap tindakan yang dilakukannya adalah cara terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Tujuan tindakan saman itu dilakukan adalah bagi mempertahankan maruahnya yang dikatakan sudah tercalar dan ingin menuntut keadilan serta menegakkan haknya sebagai wanita teraniaya.

BACA JUGA: ‘Sampai Bila Nak Kena Pijak?’ – Puteri Sarah Saman Ira Kazar [Video]

Ira Kazar dipanggil ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Semalam (18 Ogos), kehadiran Ira Kazar yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul telah menyebabkan dia dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sumber: Malaysiapost

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan Ira ditemani oleh keluarganya ketika tampil di pejabat JAWI bagi membantu siasatan kes saman yang difailkan oleh Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta dua lagi aduan di pejabat agama.

Walau bagaimanapun, pihak JAWI ketika dihubungi oleh wartawan Harian Metro enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Semoga kemelut rumah tangga yang berlaku antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dapat diselesaikan dengan cara yang baik untuk kedua-dua belah pihak.

BACA JUGA: Mahkamah Arah Ira Kazar Masuk Pembelaan, Tidak Boleh Ganggu Puteri Sarah


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd