Now Reading
Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia Di Taska, JKM Sita Premis Kerana Tiada Lesen Berdaftar

Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia Di Taska, JKM Sita Premis Kerana Tiada Lesen Berdaftar

Premis taska terkenal di Seksyen 6, Kota Damansara akan dikeluarkan notis sita (LAK) oleh JKM kerana dilaporkan tidak mempunyai lesen berdaftar untuk mengasuh kanak-kanak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, seorang bayi perempuan Qaseh Aulia, berumur dua bulan dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas di sebuah taska sekitar Kota Damansara, Petaling Jaya pada Selasa (10 Oktober).

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku selepas hanya dua hari ibu bapa menghantar Aulia di taska berkenaan.

Susulan itu, seorang wanita warga asing berusia lewat 40-an yang merupakan pengasuh bayi itu telah ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Seterusnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.


JKM Bakal Sita Taska Tidak Berdaftar Di Mana Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia

Ekoran insiden tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal mengeluarkan notis sita (LAK) terhadap sebuah premis terkenal berkenaan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, tindakan tersebut akan diambil pada hari ini (16 Oktober) selepas mendapati premis taska berkenaan tidak mendaftar dengan JKM.

“Bermula hari ini, JKM akan keluarkan notis LAK terhadap taska tersebut. Bagi taska-taska yang tidak berdaftar, tindakan LAK akan diambil dan boleh dikompaun atau didakwa sekiranya masih gagal mengemukakan perakuan pendaftaran 21 hari dari tarikh LAK,” tambah beliau.

Sumber: Malay Mail/Astro Awani

Nancy Syukri Ingatkan Pengasuh Perlu Dilatih

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Nancy Syukri, beliau turut menekankan kepentingan memasang pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di mana-mana pusat taska.

Bukan itu sahaja, Nancy Syukri juga mengingatkan para pengasuh bahawa mereka menggalas tanggungjawab yang penting iaitu dengan memastikan diri sendiri berkemampuan dan dilatih untuk menjaga kanak-kanak.

“Pengasuh taska perlulah berkemampuan, dilatih dengan baik dan memastikan tahap kesihatan mental yang sihat,” kata menteri tersebut.

Dalam pada itu, beliau menitikberatkan keperluan tentang ekonomi penjagaan, khususnya bagi melatih pengasuh yang lebih berkemampuan.


Taska Tak Berdaftar Dengan JKM Boleh Kena Kompaun

Sesebuah taska yang gagal mendaftar dengan pihak JKM adalah satu kesalahan di bawah seksyen 6(1) Akta Taska 1984.

Susulan itu, beliau telah memberi amaran kepada semua taska yang tidak berdaftar, bahawa tindakan berat akan diambil sehingga menyebabkan pengusaha boleh dikompaun atau didakwa, sekiranya masih gagal mengemukakan perakuan pendaftaran taska 21 hari dari tarikh LAK.


Bapa Akan Saman Pihak Taska

Dalam pada itu, si bapa Faizul Ali Adam, 33, meluahkan rasa sedih dan terkilan memandangkan baru dua hari sahaja anaknya dijaga oleh pengasuh di taska berkenaan.

Faizul Ali berkata, dia telah memilih taska itu untuk menjaga bayi perempuannya kerana anak sulung juga pernah dihantar ke situ pada tahun 2019 lalu.

“Sepanjang saya menghantar Sofea (anak sulung) di sana, tidak pernah berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Itu sebabnya saya juga menghantar Aulia di taska itu dengan bayaran RM550 sebulan,” katanya.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, isterinya Maisarah Rosli, 33, telah dimaklumkan bahawa empat pengasuh akan ditugaskan untuk menjaga 10 bayi berumur satu tahun.

“Namun, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska itu mendapati kurang daripada empat individu yang menjaga mereka,” katanya yang juga kakitangan swasta.

Disebabkan kesalahan lain yang turut dinyatakan, Faizul Ali berkata bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang iaitu saman terhadap pemilik taska itu.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 4 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh Lepas Kain Lampin Tertutup Muka

Baca Artikel Berkaitan: “Bayar Yuran RM1,300 Tapi Dera Anak” – Pihak HQ Taska Di Cheras Enggan Tunjuk CCTV Kepada Ibu Mangsa Dera

Baca Artikel Berkaitan: Pengasuh Taska Didakwa Dera Bayi Di Skudai, Johor Mengaku Salah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd