Now Reading
“Bayar Yuran RM1,300 Tapi Dera Anak” – Pihak HQ Taska Di Cheras Enggan Tunjuk CCTV Kepada Ibu Mangsa Dera

“Bayar Yuran RM1,300 Tapi Dera Anak” – Pihak HQ Taska Di Cheras Enggan Tunjuk CCTV Kepada Ibu Mangsa Dera

Pekerja taska disyaki dera kanak-kanak di sebuah taska sekitar Cheras telah ditahan oleh pihak polis.

pekerja taska bandar sri permaisuri cheras dera kanak kanak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, satu lagi kes didakwa melibatkan seorang pengasuh di pusat jagaan taska Bandar Sri Permaisuri, Cheras dikatakan telah mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin memaklumkan pengasuh taska yang merupakan wanita tempatan berusia 28 tahun telah ditangkap pada 4 September lalu sekitar jam 1:00 tengah hari.

Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur membuat tangkapan selepas menerima laporan daripada ibu bapa mangsa pada hari yang sama jam 11:28 pagi.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Kronologi Kes Yang Berlaku

Menerusi hantaran dimuat naik oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut di laman Facebook miliknya (Rin Azmin), dia menceritakan kronologi yang berlaku sebelum mendapat tahu bahawa anaknya bernama Rania dipercayai didera di pusat jagaan taska.

3 Ogos 2023 (Khamis)

Rania mengadu sambil menangis kerana ketakutan dan tidak mahu pergi ke sekolah.

Terkejut mendengar keluhan anaknya, si ibu meminta pihak taska untuk menunjukkan rakaman kamera CCTV kerana bimbang dan tertanya-tanya mengapa anaknya tidak mahu ke taska.

Walau bagaimanapun, pihak taska dikatakan enggan menunjukkan rakaman CCTV dan menyebabkan wanita bernama Rin ini terpaksa menghubungi pihak HQ taska sendiri untuk meminta kebenaran.

Malangnya, dia hanya boleh melihat rakaman CCTV itu secara rawak dan mendapati pihak taska tidak mahu melakukan siasatan meskipun sudah membuat laporan tentang anaknya yang takut ke taska berkenaan.

30 Ogos 2023 (Rabu)

Seorang pekerja bernama Nur Athirah yang disyaki mendera anaknya memberitahu dia terlanggar Rania ketika melakukan aktiviti bersama kanak-kanak yang lain.

Namun, terdapat kesan cubitan di pipi kiri dan kanan serta di bahagian lengan Rania. Kanak-kanak itu juga mengadu sakit pada pipi ketika mahu membasuh mukanya.

Sumber: Facebook Rin Azmin

Oleh disebabkan itu, si ibu memohon untuk melihat sendiri rakaman CCTV dari pihak taska pada malam tersebut tetapi tiada sebarang respon yang diberikan.

1 September 2023 (Jumaat)

Si ibu sanggup mengambil cuti dan masih cuba untuk menghubungi pihak HQ taska tetapi tiada respon. Kemudian, wanita berkenaan menuju ke HQ taska untuk melihat bukti anaknya terjatuh.

Namun pekerja taska tidak memberi kebenaran dengan alasan staf HQ ramai yang bercuti pada hari tersebut dan agak sibuk untuk menghadiri mesyuarat lain.

Wanita itu diberitahu dia hanya boleh melihat rakaman CCTV pada pagi hari Isnin minggu hadapan.

Sumber: Faceboo Rin Azmin
4 September 2023 (Isnin)

Selepas melihat rakaman CCTV, wanita ini mendapati seorang pengasuh di taska itu yang disyaki sebagai Nur Athirah telah mendera anaknya dengan mencubit dan menghempuk kepala Rania ke lantai.

Situasi yang dilihatnya itu membuatkan dia terkilan kerana pekerja lain seolah-olah membiarkan sahaja perkara itu berlaku.

Sumber: Twitter @MyCrime_Watch

Kanak-kanak Yang Didera Di Taska Dimasukkan Ke Dalam Wad

Ibu kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa dera di taska berkenaan memberitahu bahawa anaknya kini dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, yuran taska itu adalah sekitar RM1,300 untuk setiap bulan. Namun, perkara yang berlaku membuatkan dia berfikir semula tentang kualiti servis yang diterima.

Dalam pada itu, dia juga memohon agar orang ramai mendoakan anaknya.

Dalam pada itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian untuk menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 3-9284 5050/ 5051 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999.

Artikel Berkaitan: Pengasuh Didakwa Dera Bayi Di Skudai Kini Ditahan Polis & Direman 4 Hari

Artikel Berkaitan: [Video] Pengasuh Taska Di Skudai Didakwa Dera Bayi Hingga Tekap Muka & Hempas Pada Tilam

Artikel Berkaitan: Che Puan Khaleeda Beri Respon Kes Ibu & Rakan Dera Kanak-kanak Di Johor

Sumber: Facebook Rin Azmin | Astro Awani


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd