Now Reading
[Video] Pengasuh Taska Di Skudai Didakwa Dera Bayi Hingga Tekap Muka & Hempas Pada Tilam

[Video] Pengasuh Taska Di Skudai Didakwa Dera Bayi Hingga Tekap Muka & Hempas Pada Tilam

Kejadian pengasuh wanita mengasari seorang bayi itu dipercayai berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, Skudai, Johor.

[Video] Pengasuh Taska Di Skudai Didakwa Dera Bayi Hingga Tekap Muka & Hempas Pada Tilam (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Beberapa kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan semakin berleluasa sehingga menyebabkan ibu bapa mula timbul rasa takut untuk menghantar anak mereka ke tempat tersebut.

Terdahulu, tiga orang pengasuh wanita di Terengganu telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa mendera bayi berusia empat bulan sehingga koma.

Bayi yang mengalami kecederaan serius itu dirawat di unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas ibu bapa bayi berkenaan menyedari cahaya mata mereka dalam keadaan lemah.

BACA JUGA: Dera Bayi 4 Bulan Hingga Koma, 3 Pengasuh Ditahan Di Terengganu


Tular Video Pengasuh Wanita Didakwa Bertindak Kasar Dengan Bayi Di Skudai, Johor

Terbaharu, kejadian hampir sama turut berlaku apabila tular beberapa video dimuat naik oleh pengguna Twitter (@jnmalaysia) menunjukkan seorang pengasuh wanita disyaki mendera bayi di taska tersebut.

Dalam video berdurasi 34 saat itu, wanita tersebut dilihat bertindak kasar dengan menepuk kepala bayi sambil menyuruhnya untuk diam dan berhenti menangis.

Menerusi satu video lagi, pengasuh berkenaan didakwa menekap muka bayi itu sebelum menghempasnya ke atas tilam.

Lebih menggeramkan lagi, wanita itu tidak menghiraukan tangisan bayi tersebut yang kesakitan akibat tindakan kasarnya.

Netizen Bengang Lihat Pengasuh Wanita Dera Bayi Jagaannya Yang Masih Kecil Di Taska

Kejadian yang dipercayai berlaku di Mutiara Rini, Skudai, Johor membuatkan ramai netizen bengang dengan tindakan kasar pengasuh terhadap bayi yang masih kecil.

Tindakan wanita tersebut juga membuatkan sesetengah ibu bapa meluahkan rasa risau untuk menghantar anak-anak mereka di bawah jagaan orang lain.

Selain itu, ada juga yang memberi pendapat saiz badan pengasuh berkenaan tidak bersesuaian dengan pekerjaannya sebagai seorang pengasuh dan lebih sesuai melakukan kerja-kerja berat.


Pihak Polis Daerah Iskandar Puteri Terima Laporan Berhubung Kes Dera Bayi Di Taska

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan pihak mereka kini sedang mengesan suspek wanita dipercayai mengasari seorang bayi perempuan di sebuah taska.

Pihak polis juga telah menerima satu laporan yang dibuat oleh orang awam menerusi aplikasi WhatsApp berhubung insiden berkenaan.

Oleh itu, pihak polis sedang mengesan suspek bagi tujuan siasatan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin.

Dalam pada itu, pihak mereka meminta bantuan dari orang ramai yang mempunyai maklumat melibatkan kes tersebut untuk segera tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

BACA JUGA: Muka Pucat & Biru, Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sebulan Dijaga Pengasuh

BACA JUGA: [Terkini] Siti Bainun Didapati Bersalah Atas Tuduhan Abai & Aniaya Remaja Down Sindrom, Bella


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd