Now Reading
Che Puan Khaleeda Beri Respon Kes Ibu & Rakan Dera Kanak-kanak Di Johor

Che Puan Khaleeda Beri Respon Kes Ibu & Rakan Dera Kanak-kanak Di Johor

Ibu kepada mangsa direman selama tujuh hari sehingga Khamis (17 Ogos) manakala rakannya pula sehingga Jumaat ini (18 Ogos) bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak di Johor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular lagi kes penderaan melibatkan seorang kanak-kanak dipercayai berusia tujuh tahun yang berlaku di sekitar Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang, Johor.

Kes penderaan tersebut dikatakan terbongkar selepas beberapa orang jiran di kawasan perumahan mereka terdengar bunyi tangisan yang sebelum bertindak menyerbu rumah berkenaan.

Beberapa rakaman video serta gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah juga sempat dirakam dan dimuat naik di media sosial.

Pada mulanya, ibu kandung kepada mangsa dan rakannya memberi pelbagai alasan dan enggan bekerjasama untuk membawa keluar kanak-kanak tersebut selepas dipaksa oleh jiran-jiran.

Susulan itu, mereka bertindak untuk menghubungi pihak polis sebelum kedua-dua suspek akhirnya membawa keluar mangsa.

Lebih mengejutkan lagi, keadaan badan kanak-kanak itu yang dilihat hampir berlubang dan bernanah kerana luka didakwa akibat didera oleh ibunya bersama rakan warga asing.

Sumber: Twitter @MYNEWSHUB

Ibu Dan Rakannya Yang Didakwa Mendera Kanak-kanak 7 Tahun Telah Ditahan Oleh Pihak Polis

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan pihak mereka telah berjaya menahan ibu kandung mangsa berusia 27 tahun dan rakannya, 30 tahun sekitar jam 12:30am pada Sabtu lalu (12 Ogos) untuk disiasat berhubung kejadian.

Memetik laporan Astro Awani, ibu kepada mangsa direman selama tujuh hari sehingga Khamis (17 Ogos) manakala rakannya pula sehingga Jumaat ini (18 Ogos).

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mangsa sebelum ini dijaga oleh datuk dan neneknya di Pokok Sena, Kedah sebelum sudah setahun duduk bersama ibunya. Difahamkan, ibu dan bapa mangsa juga telah bercerai.


Mangsa Dibawa Ke Hospital Untuk Menerima Rawatan

Mangsa yang dikenali sebagai adik Iman telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menjalani rawatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor iaitu Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata kanak-kanak itu menunjukkan reaksi ceria selepas dilihat bersama bapa, bapa saudara dan datuknya semasa lawatan beliau pada Ahad lalu (13 Ogos).

Saya juga telah memberikan sumbangan kepada kanak-kanak itu bagi menceriakan lagi perasaannya. Di kesempatan itu juga, kami bersama-sama meraikan ulang tahun kelahirannya bersama bapa kandung, bapa saudara dan datuknya yang datang dari Kedah. Tidak pernah terlepas daripada senyuman, saya berharap agar kanak-kanak ini membesar dengan tabah dan kuat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor iaitu Khairin-Nisa Ismail @ Md On.
Sumber: Facebook Onn Hafiz Ghazi

Dalam pada itu, Khairin-Nisa turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Pelindung Kanak-Kanak dan pihak HSI kerana telah menjaga mangsa dan memberikan hak sepatutnya kepada kanak-kanak berkenaan.

Adik Iman akan dijaga oleh waris yang selayaknya selepas selesai menjalani rawatan di hospital.


Menteri Besar Johor Lawat Mangsa Dera Di Hospital

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi turut sebak melihat keadaan kanak-kanak terbabit yang didera oleh ibu dan rakannya di rumah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook beliau (Onn Hafiz Ghazi), juga mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan komuniti setempat yang melaporkan kes penderaan itu.

Sumber: Facebook Onn Hafiz Ghazi

Beliau menegaskan bahawa tindakan akan diambil kepada sesiapa sahaja yang melakukan kezaliman terhadap kanak-kanak.

Insya-Allah, mereka yang telah mendera adik Iman akan didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. ika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Che Puan Khaleeda Beri Respon Tentang Kes Penderaan Kanak-kanak Di Johor

Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim iaitu Yang Amat Mulia Che Puan Besar Khaleeda Bustamam turut memberi respon terhadap kes yang berlaku ini menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram baginda (@ymchepuankhaleeda).

Baginda menegaskan bahawa insiden penderaan kanak-kanak masih menjadi perkara serius yang perlu diambil perhatian.

Justeru, saya menggesa agar kesedaran tentang penderaan kanak-kanak dipertingkatkan melalui usaha berterusan daripada semua pihak kerana setiap bantuan kecil yang dihulurkan oleh kita akan memberikan impak besar dalam melindungi hak serta masa depan kanak-kanak.

Yang Amat Mulia Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Tindakan pihak yang terlibat dalam menyelamatkan mangsa dera itu juga dipuji oleh baginda kerana prihatin dengan keadaan sekeliling serta bersatu padu dalam komunuti perumahan.

Sumber: Instagram YM Che Puan Khaleeda | Astro Awani | Sinar Harian | Facebook Onn Hafiz Ghazi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd