Now Reading
Pengasuh Didakwa Dera Bayi Di Skudai Kini Ditahan Polis & Direman 4 Hari

Pengasuh Didakwa Dera Bayi Di Skudai Kini Ditahan Polis & Direman 4 Hari

Pengasuh wanita berusia 21 tahun yang disyaki mengasari bayi di taska telah ditangkap oleh pihak polis sekitar jam 2:00 pagi di Bandar Selesa Jaya, Skudai, Johor.

Pengasuh Didakwa Dera Bayi Di Skudai Kini Ditahan Polis & Direman 4 Hari

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Terdahulu, tular dua video di media sosial menunjukkan aksi seorang pengasuh wanita disyaki mengasari bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, Skudai, Johor.

Dalam video berdurasi 34 saat itu, pengasuh tersebut dilihat menepuk kepala bayi sambil menyuruhnya untuk diam dan berhenti menangis.

Bukan setakat itu sahaja, dia juga dipercayai telah menekap muka bayi berkenaan menggunakan bantal sebelum menghempasnya ke atas tilam tanpa menghiraukan tangisan kanak-kanak tersebut yang kesakitan.

BACA JUGA: [Video] Pengasuh Taska Di Skudai Didakwa Dera Bayi Hingga Tekap Muka & Hempas Pada Tilam

Sumber: Twitter @jnmalaysia

Pengasuh Didakwa Dera Bayi Di Taska Kini Ditahan Oleh Pihak Polis

Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook Polis Daerah Iskandar Puteri, pengasuh disyaki mendera bayi di sebuah taska berdasarkan dua video yang tular kini telah ditahan oleh pihak polis sekitar jam 2:00 pagi di Bandar Selesa Jaya, Skudai.

Suspek berusia 21 tahun itu juga akan direman selama empat hari mengikut perintah yang dikeluarkan oleh Majistret R Salini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan hasil siasatan mendapati kes yang berlaku di sebuah taska itu melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 11 bulan serta kanak-kanak lelaki berusia sembilan bulan.

Tambah beliau lagi, siasatan awal mendapati taska berkenaan tidak mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 019-8822403 bagi membantu siasatan.


Che Puan Khaleeda Beri Respon Tentang Kes Penderaan Kanak-kanak Di Sebuah Taska Di Skudai

Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim iaitu Yang Amat Mulia Che Puan Besar Khaleeda Bustamam turut memberi respon terhadap kes yang berlaku ini menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram baginda (@ymchepuankhaleeda).

Baginda menegaskan bahawa penderaan kanak-kanak merupakan satu jenayah berat yang perlu diambil serius oleh semua pihak.

Menurut baginda, jenayah ini tidak boleh dibenarkan sama sekali berlaku dan perlu ditangani menggunakan apa jua cara termasuklah mengikut undang-undang.

Kanak-kanak adalah aset terbesar negara dan perlu dilindungi daripada sebarang ancaman yang boleh membahayakan keselamatan serta kesejahteraan mereka. Tiada alasan untuk membenarkan keganasan fizikal atau mental terhadap kanak-kanak dan jenayah ini harus ditangani menerusi segala kaedah mengikut undang-undang serta penguatkuasaan yang ditetapkan.

Yang Amat Mulia Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Dalam pada itu, baginda menyeru masyarakat untuk melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk keganasan dan memberikan masa hadapan yang lebih cerah kepada mereka.


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd