Now Reading
Bayi 4 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh Lepas Kain Lampin Tertutup Muka

Bayi 4 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh Lepas Kain Lampin Tertutup Muka

Bayi lelaki berusia empat bulan dilaporkan maut selepas mengalami sesak nafas akibat mukanya tertutup dengan kain lampin.

bayi maut akibat muka tertutup dengan kain lampin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (18 Ogos), satu kejadian yang meruntun jiwa sepasang suami isteri berlaku selepas bayi lelaki mereka berusia empat bulan dilaporkan maut di sebuah rumah pengasuh berhampiran Taman Cempaka, Ampang Jaya, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku selepas sehelai kain lampin dikatakan berada di muka bayi berkenaan ketika berada di dalam buaian.

Memetik laporan Harian Metro, bayi tersebut segera dibawa ke klinik sekitar Pandan Indah sebelum dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang menaiki ambulans.

Gambar sekadar hiasan.

Setibanya di Hospital Ampang, bayi tersebut menunjukkan tanda-tanda tidak bernafas dan bantuan kecemasan segera diberikan.

Namun, bayi berkenaan tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang.

Sehingga kini punca kematian masih dalam siasatan.

Pengasuh wanita warga Indonesia kini dalam siasatan

Pada jam 10.30 malam semalam, pasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya telah menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang merupakan pengasuh kepada bayi tersebut.

Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah.

Suspek memberi keterangan bahawa bayi tersebut mengalami sesak nafas kerana kain lampin di dalam buai telah menutup muka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pada pagi hari ini (19 Ogos) dan akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melibatkan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

BACA JUGA: Lelaki Letak Vape Dalam Mulut Bayi 7 Bulan Ditahan Pihak Polis Di Johor Bahru


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd