Now Reading
Marina Ibrahim Bantu Ibu ‘Burn Out’ Jaga 3 Anak Hidap ADHD & Autisme Hingga Tidak Mampu Uruskan Rumah

Marina Ibrahim Bantu Ibu ‘Burn Out’ Jaga 3 Anak Hidap ADHD & Autisme Hingga Tidak Mampu Uruskan Rumah

Lebih menyedihkan, wanita itu terpaksa menjaga anak-anaknya seorang diri selepas ditinggalkan suami.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap mereka yang bergelar suri rumah pasti mahukan suasana rumah yang harmoni dan bersih.

Namun, hasrat tersebut kadangkala tergendala apabila anda terlalu sibuk dengan rutin seharian atau faktor lain seperti mempunyai anak yang ramai sehingga rumah menjadi tidak terurus.

Tidak kurang juga, ada golongan ibu bapa yang perlu memberikan 100% fokus sekiranya mempunyai anak istimewa. Antaranya yang menghidap ADHD, Autisme dan banyak lagi.


Rumah Tak Terurus Kerana Si Ibu Jaga Anak ADHD & Autisme

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @Marina_Ibrahims) apabila ADUN kawasan Skudai, Marina Ibrahim menunjukkan keadaan sebuah rumah yang bersepah dan tidak terurus.

Menerusi aduan diterima oleh beliau, Marina mendapati rumah itu didiami oleh seorang wanita yang mempunyai tiga orang anak yang menghidap penyakit ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) serta Autisme yang sangat agresif.

“Panjat pagar, bergaduh dan memukul serta panjat bumbung rumah. Bayangkan handrail tangga besi tu boleh tertanggal dan batu pengikat semua pecah,” kata Marina yang menjelaskan situasi anak-anak itu.

Lebih memilukan, si ibu juga pernah dipukul oleh anaknya sendiri.

“Mungkin mak dia pun tidak tahu cara mengendalikan anak yang agresif macam ni,” kata YB Skudai itu.

Sumber: X (Twitter @Marina_Ibrahims)

Suami Tak Beri Nafkah Pada Keluarga

Dalam pada itu, Marina turut menjelaskan bahawa si suami telah meninggalkan isterinya bersama anak-anak tanpa memberi nafkah.

Walaupun wanita itu pernah berfikir untuk bercerai, namun hajatnya tidak kesampaian apabila keluarga belah suami telah mengugut untuk tidak memberikan sebarang pertolongan selepas itu.

“Kalau cerai tak nak bantu kau lagi,” kata ahli keluarga si suami.


Keadaan Si Ibu Dilaporkan Kepada Baitulmal & JKM

Prihatin terhadap situasi wanita tersebut yang tidak cukup tangan untuk menjaga serta menguruskan rumah, Marina telah membuat laporan kepada pihak Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar tindakan lanjut boleh diambil.

Bukan itu sahaja, ahli politik tersebut kini dalam proses mengusahakan beberapa sesi kaunseling buat si ibu selepas melihat keadaannya yang ‘burn out’ dan tertekan.

“Barangkali si ibu tertekan sehingga tidak mampu lagi menguruskan rumah dengan baik,” ujarnya.


Marina Bantu Si Ibu Mengemaskan Rumah Yang Tidak Terurus

Menerusi hantaran baru yang dimuat naik hari ini (17 Oktober), Marina dilihat telah turut sama membantu dalam proses membersihkan dan mengemas rumah tersebut.

“Sementara menunggu program seterusnya, kita pack mainan terpakai yang masih cantik untuk majlis akan datang,” katanya lagi.

Sumber: X (Twitter @Marina_Ibrahims)

Ada juga pengguna laman X yang dilihat tidak bersetuju dengan tindakan Marina yang dikatakan sedang membantu ‘orang malas’.

Menjawab kenyataan itu, beliau berkata dia menghulurkan bantuan atas belas ihsan kepada anak-anak yang terkesan.

“Esok lusa anak-anak yang susah. Perjalanan hidup anak-anak panjang dan anak-anak sering jadi mangsa orang dewasa. Sebab tu dalam kes seperti ini kita tawarkan sesi kaunseling,” tambahnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Di Ipoh Kumpul Sampah Dalam Rumah Lebih 3 Tan, MBI Terpaksa Buat Operasi Bersih & Buang

Baca Artikel Berkaitan: Rakan Serumah Pengotor, Biar Mangkuk Tandas Berkerak. Terus ‘Insaf’ Lepas Viral

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Terkilan Anak Autisme Dikasari Pengetua Di Pusat Jagaan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd